Musim suram Man City berterusan apabila mereka disingkirkan oleh  Al Hilal daripada peringkat 16 akhir Piala Dunia Kelab 2025.

Bekas juara Eropah dan bekas pemenang treble Liga Inggeris itu seolah olah tidak percaya, akan disingkirkan kelab dari Liga Pro Saudi.

Marcos Leonardo menjadi bintang utama dalam aksi kali ini.

Kedua dua pasukan berkeringat sehingga 120 minit dalam aksi yang sengit.

Manchester City di hadapan seawal minit ke-9 menerusi Bernardo Silva. Kemmudian Marcos Leonardo menyamakan kedudukan minit ke-46.

Al Hilal kemudian melakukan serangan pantas yang menghasilkan gol kedua menerusi Malcom pada minit ke-52.

Man City bagaimanapun pantas mengikat kedudukan menjadi 2-2 minit ke-55 menerusi Erling Haaland.

Perlawanan kemudian berlanjutan ke masa ekstra. Di mana Kalidou Koulibaly meletakkan Al Hilal kembali di hadapan minit ke-94.

Pemain gantian, Phil Foden segera memberikan impak apabila menyamakan kedudukan minit ke-104.

Namun Al Hilal mendahului sekali lagi menerusi Marcos Leonardo minit ke-112.

Man City gagal untuk menyamakan kedudukan. Dan  Al Hilal meraikan kejayaan mereka mara ke suku akhir.

‘Ternyata CR7 betul’ – Netizen

Peminat segera ingat kembali kenyataan Cristiano Ronaldo bahawa dia sebenarnya bersaing dengan pasukan pasukan yang sangat kuat di Saudi dan setara dengan beberapa kelab eropah lain.

Ronaldo malah menganggap Liga Pro Saudi lebih baik daripada MLS dan beberapa liga utama Eropah termasuk Ligue 1, Liga Turki dan Eredivisie.

Melihat prestasi pasukan MLS yang bersaing dalam Piala Dunia Kelab kali ini berbanding wakil dari Saudi, peminat akhirnya benar benar percaya bahawa Liga Saudi lebih kompetitif.

Seorang netizen berkata: “Cristiano Ronaldo harus bersaing dengan Super Team Al Hilal ini.”

Yang lain berkata: “Jangan pernah lagi hina Liga Pro Saudi.”

Ada yang berkata: “Maafkan kami Ronaldo, ternyata kamu betul,” mereka merujuk kepada kenyataan Ronaldo sebelum ini menegaskan bahawa bukan tugas mudah  nak memenangi piala di Al Nassr kerana persaingan di Saudi sangat sengit.