Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui kelemahan yang jelas dapat disaksikan oleh skuad kendaliannya sebaik sahaja mengalami kekalahan memalukan 0-4 ke atas Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.

Selepas tewas kepada lawan yang sama ketika saingan Piala Carabao pada 31 Oktober lalu, Manchester City terus dirundung malang dengan kekalahan tiga berturut-turut dialami dalam kempen English Premier League (EPL).

Baca Juga:

Juara bertahan itu tumbang 1-2 di tangan Bournemouth serta Brighton dan seperti diketahui The Cityzens dimalukan oleh Tottenham Hotspur hasil jaringan James Maddison (dua gol), Christian Romero dan Brennan Johnson.

Satu keputusan yang akan memberikan ruang seluas-luasnya buat Liverpool untuk memimpin carta liga dengan kelebihan lapan mata.

Lebih menarik, Manchester City akan berdepan Liverpool pada perlawanan yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan di Anfield.

“Apabila anda kalah 4-0, anda hanya boleh mengucapkan tahniah kepada Tottenham. Kami agak rapuh sekarang, kami sukar untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini dan kami bermain dengan pemikiran yang negatif.”

“Kami telah kalah tiga perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana tetapi kami perlu mengelakkan daripada terus mengalami keputusan seperti ini,” ujar Guardiola menurut sumber laporan Goal.

“Kami tidak biasa dengan situasi seperti ini, tetapi hidup memang begini. Kadang-kadang perkara seperti ini berlaku dan kita perlu menerimanya. Itu yang berlaku sekarang dan kami akan bangkit dan melakukannya.”

“Kami perlu fokus pada perlawanan seterusnya daripada memikirkan penghujung musim. Kami memenanginya di masa lalu kerana kami layak, sekarang kami perlu meningkat langkah demi langkah dan pertama sekali, (fokus) kelayakan untuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL),” tambah Pep Guardiola lagi.

Sumber