Setiap insan bakal diberi ujian di dalam kehidupan untuk melihat sejauh mana kebergantungan kepada Sang Pencipta. Kita yang menganut agama Islam sudah diajar untuk menempuhi segala ujian dengan tabah.

Bagaimanapun, tular sebuah video yang memperlihatkan seorang lelaki yang mengeluh tentang hidupnya yang sentiasa diuji oleh Allah S.W.T sehingga sanggup mengambil drastik untuk murtad di dalam satu siaran langsung yang dirakam oleh netizen.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Di dalam video itu, lelaki terbabit memperkenalkan namanya serta agama yang dianuti selama ini iatu Islam. Kemudian, dia menegaskan mahu keluar dari Islam dan mahu orang ramai mengetahui akan status ketiadaan agama yang diamalkan lagi.

“Aku nak keluar daripada Islam, aku tiada agama,” katanya berulang kali di dalam siaran langsung di TikTok pada ketika itu.

Keluhnya, hidup peribadi sentiasa diuji bermula dari kecil sehinggalah ke hari ini. Malah, dia seperti mempersoalkan mengapa sentiasa diberi ujian oleh Sang Pencipta dan mengganggap ia sebagai sesuatu yang mengarut.

Selain itu, dia mendakwa imejnya yang sentiasa ceria selama ini hanyalah satu helah untuk menyembunyikan segala kesedihan atau keperitan yang dihadapi selama ini.

Dia juga sempat merungut tentang betapa penatnya berjalan jauh untuk bergerak sesebuah lokasi dan tiada rakan yang sudi membantunya sekaligus beranggapan hidupnya sentiasa dipenuhi ujian berat tanpa didengari segala rintihan kepada Allah S.W.T.

“Tak kisahlah lepas ni aku meninggal ke apa mati ke ap, aku masuk neraka ke apa tak kisah, daripada aku ikut emak aku,” keluhnya lagi.

Dia turut mendakwa sudah puas menangis sejak dari kecil sehinggalah sudah dewasa yang seumpama menggambarkan hidupnya sentiasa diberi ujian berat sampai satu tahap tekad mahu meninggalkan agama ini.

“Korang tak faham, korang memang tak faham aku,” katanya di pengakhiran video itu.

Video yang dimuat naik semula ke platform X itu langsung menjadi perhatian dan mengundang pelbagai reaksi menerusinya.

Ada yang kesian dengan nasibnya dan meminta dia untuk mendapatkan bantuan atau nasihat agar terbuka pintu hati untuk kembali ke pangkal jalan.

Selain itu, ada yang merasakan lelaki ini terlalu mengikut perasaan dan ‘manja’ kerana hanya diuji di dalam kehidupan sudah berpaling tadah dari agama Islam.

Sebahagian lain berharap pihak berkuasa mengambil tindakan kerana sudah dikira mempermainkan agama yang mana sudah menyalahi undang-undang.

Perkembangan terbaharu, si tuan badan sudah mengeluarkan penjelasan yang dia tidak berniat untuk keluar dari Islam dan video yang dirakam itu dipercayai ketika dia tidak sedarkan diri.

Dia juga memarahi dirinya kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa dan sedia menunjukkkan dia telah menoreh dahinya tanpa disedari pada tempoh hari lalu.