Malaysia merupakan salah satu negara Islam yang disegani di dunia. Malah, kini semakin banyak pelancong luar yang datang ke sini untuk mempelajari berkaitan agama dan juga sejarah menarik.

Seorang pencipta kandungan dari luar negara bernama Ekaterina mengakui kagum dengan kelebihan yang pada pada Malaysia. Beliau banyak menyiarkan video positif berkaitan Malaysia yang mana menjadi rujukan oleh sejumlah pengguna di platform TikTok.

Baca Juga:

Sumber Gambar: TikTok @gomalaysia

Menerusi salah satu videonya di TikTok @gomalaysia,wanita tersebut menganggap Malaysia merupakan sebuah negara terbaik bagi sesiapa yang mahu mempelajari tentang Islam.

Beliau seterusnya berkongsi beberapa aktiviti Islamik melibatkan beberapa penceramah agama dari luar negara yang pernah berlangsung di negara ini.

Ekaterina secara peribadi mengakui pernah menghadiri ceramah yang disampai oleh Omar Suleiman di Selangor.

“Baru-baru ini, saya baru sahaja menghadiri ceramah Omar Suleiman di Shah Alam,” katanya.

Sumber Gambar: Middle East Eye

Untuk makluman, Omar Suleiman tersenarai dalam CNN’s Top 25 Muslims American Change Makers. Pendakwah asal New Orleans, Amerika Syarikat menyambung pelajaran di IIUM, Kuala Lumpur dan telah melengkapkan pengajian PhD.

Beliau melengkapkan pengajian akademik tersebut di Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dan Sains Kemanusiaan Abdul Hamid Abu Sulayman (AHAS KIRHS).

Selain Omar, Malaysia turut dikunjungi beberapa figura terkemuka dalam bidang dakwah secara global. Antaranya, Dr. Haifaa Younis dan Yasmin Mogahed yang dijangka bakal bertemu dengan rakyat Malaysia pada bulan depan.

Selain itu, Ekaterina turut menampilkan beberapa sedutan ucapan daripada Perdana Menteri Malaysiam Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan penerimaan negara tersebut terhadap aktiviti-aktiviti dakwah.

“Malaysia merupakan sebuah masyarakat terbuka. Alhamdulillah, suasana ini bersifat agak demokratik,”

Secara umumnya, pendedahan ilmu dari luar ini akan menjadikan pemikiran masyarakat lebih terbuka dan berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.

Ini turut membantu rakyat Malaysia untuk mengenali antara satu sama lain, tanpa mengenal bangsa, etnik dan agama dan menerima persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.

“Ini yang menjadikan Malaysia sebagai tempat yang terbaik di dunia untuk mempelajari lebih banyak perkara mengenai Islam,” katanya lagi.

@gomalaysia

Malaysia is helping out the Muslim community to grow 🙏🤲🇲🇾 #malaysia #malaysiatrulyasia #islam #welcometoislam #shahalam #omarsuleiman #faithevents #amazingmalaysia #islamic_media #muslimtiktok #omarsuleimanofficial #drhaifaayounis #yasminmogahed @faitheventsmy @Omar Suleiman Official #madani

♬ original sound – Go Malaysia!

Di akhir video tersebut, pencipta kandungan berkenaan berpendapat Malaysia sedang memainkan peranan yang penting dalam membantu komuniti Islam berkembang. Malah, PMX juga dilihat sangat aktif dalam menghadiri majlis ilmu yang didatangi oleh para ilmuwan Islam.