Penyerang Rosenborg, Ole Seater telah menerima kecaman daripada peminat Maccabi Haifa. Ini gara gara komen pemain itu ketika menjelaskan kenapa dia menolak tawaran kelab tersebut.
Ole Seater malah lebih rela menyertai kelab kerdil di Norway secara pinjaman. Pemain berusia 28 tahun itu akan menghabiskan musim ini bermain di Ullensaker/Kissa.
Maccabi Haifa menawarkan gaji lebih besar kepada Ole Seater. Tetapi pakej itu tidak akan mampu untuk menarik perhatiannya.
Malah pemain itu dengan terbuka menyatakan alasan kenapa dia tidak mahu ke Maccabi Haifa: “Saya tak akan benarkan wang berbalut darah itu mengalir ke dalam akaun saya. Itu satu mimpi ngeri [jika berlaku]. Itu benar benar tidak baik.
“Ya ada tawaran daripada mereka, di mana gaji yang ditawarkan boleh membuatkan saya bebas secara kewangan [bebas hutang]. Namun negara mereka – ianya sangat tidak ada nilai moral untuk saya mewakili kelab mereka. Itu sahaja.”
🇳🇴🇮🇱 “I don't want any blood money coming into my account”
28 year old Norwegian footballer Ole Saeter rejected an offer from Israeli club Maccabi Haifa. 👏🏻
“It is out of bounds to play in a country that behaves like this” pic.twitter.com/0JeHcF7veu
— Khalissee (@Kahlissee) September 19, 2024
Komen itu merujuk kepada konflik kemanusiaan yang sedang berlaku kini. Di mana jelas sekali Ole Seater tidak menyokong sebarang diskriminasi dan penindasan kemanusiaan yang sedang dilakukan oleh pihak tersebut.
Dia tidak menyokong sebarang peperangan atau penindasan kemanusiaan. Terutama sekali ke atas orang awam, wanita dan kanak kanak yang tidak berdaya.
Peminat Maccabi Haifa menyelar komen Ole Seater sambil menyatakan bahawa negara mereka hanya mempertahankan diri dan cuba menyelesaikan isu keganasan.
Netizen yang lain ramai memberikan penghormatan ke atas Ole Seater. Mereka berterima kasih kerana dia mementingkan prinsip dan kemanusiaan berbanding wang.
Ole Seater merupakan pemain yang ada darah Pakistan. Dia pernah memberitahu sebelum ini bahawa dia terbuka untuk mewakili negara yang menjadi asal usul datuknya itu.