Setelah sekian lama tidak berjumpa, akhirnya pengarah terkenal, Syamsul Yusof kembali pulang ke pangkuan ibu bapanya Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Khabar gembira itu dikongsikan Datin Patimah Ismail melalui Instagram Story.

Baca Juga:

Turut berada semalam, bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah dan anak mereka, Sumayyah.

“Betul dia ada balik tadi. Alhamdulillah, Allah buka pintu hati dia untuk balik jumpa kami,” kata Datuk Yusof Haslam mengesahkan kepulangan Syamsul itu kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengakui tidak mahu menahan sebak kerana terlalu rindu dengan anaknya itu.

“Alhamdulillah, doa saya sudah termakbul. Kita doakan yang baik-baik. Gambar itu betul, saya tak sangka Datin muat naik gambar itu. Ingat dia bergambar saja-saja,” tambah beliau lagi.

Memetik Utusan lagi, kedua-duanya mahu melupakan kisah lama dan buka buku baharu.

“Dia datang peluk dengan saya. Saya pun sebak dan menangis bersama datin. Dia juga minta maaf dan ingin lupakan segala yang berlaku. Yang lepas, biarlah lepas.

“Saya juga bagitahu dia yang kami rindukan dia. Macam mana pun dia tetap anak kami. Kita di usia begini saya tak mahu ada krisis rumah tangga. Kami juga tidak mahu cerita perkara yang lepas,” jelasnya.

Sumber Gambar: IG Story @patimah8057

Memetik Utusan lagi, kepulangan Syamsul itu tanpa didesak mana-mana pihak dan atas kerelaannya sendiri.

“Kami tak pujuk pun dia untuk pulang. Dia balik sendiri. Kami hanya berdoa. Perkara itu pun sudah bertahun, sebelum ini saya pun dah reda dan berserah pada takdir.

“Kita sebagai orang tua yang sudah di penghujung usia, mahu semuanya berbaik dan berdamai terutamanya hubungan keluarga itu penting, anak beranak dan adik beradik. Alhamdulillah saya bersyukur sangat,” katanya.

Yusof Haslam yakin apa yang terjadi ke atas Syamsul mempunyai hikmahnya tersendiri. Beliau juga berharap agar anaknya tabah dalam mengharungi dugaan hidupnya.

“Harapan saya supaya apa yang berlaku ada hikmah dia. Saya sebagai orang tua saya doakan yang terbaik untuk dia. Saya cakap pada dia apa yang berlaku itu adalah ujian kehidupan. Kita lalui dengan tenang dan kembali ke pangkal jalan,” ujarnya.

Sumber