Kecoh sejak beberapa hari terakhir ini apabila krisis melibatkan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah semakin hangat dibincangkan netizen selepas kedua-dua pihak tampil mengeluarkan dakwaan masing-masing.

Di sebalik krisis yang berlaku, Puteri Sarah bersama dua orang anaknya pada Hari Raya ini dilihat memilih untuk beraya bersama mentua beliau iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menggayakan tema warna hijau sedondon dengan anak-anaknya sekaligus membuatkan para netizen gembira melibatkan keakraban Puteri Sarah dan mentuanya yang rapat umpama anak kandung.

Selain itu, para netizen juga turut sebak melihat mertua Puteri Sarah yang dilihat seolah sedih dan menangis bersalaman dengan pelakon ini.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana
Sumber: Instagram @puterisarahliyana

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat para netizen tidak perlu mengulas isu yang berlaku sebaliknya keluarga mereka lebih mengenali Syamsul Yusof dengan lebih dekat.

Menurut Harian Metro, Datuk Yusof Haslam memilih untuk membuat persiapan Aidilfitri pada tahun ini secara sederhana sahaja.

Mereka sekeluarga juga akan bercuti ke Pulau Pinang esok di mana turut disertai bersama Puteri Sarah dan dua anaknya

Sumber