Jika sebelum ini nama Puteri Sarah dikaitkan dengan tidak menghormati iddah gara-gara keluar berlakon, kini pelakon yang kerap menjalankan live di TikTok ini sekali lagi menjadi perhatian.

Menerusi perkongsian terbaru, pelakon yang baru sahaja sebulan bercerai dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu berharap orang ramai dapat doakan agar beliau segera dapat mendapat jodoh dengan cepat.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

“Doakan semoga saya dapat jodoh cepat macam Nad Zainal dan Mizz Nina” ulas Puteri Sarah kepada netizen.

@janda___muuu

Semoga BerTemu JodoH yg TerBaik Buat PSL🤲🥰#puterisarahliyana#artismalaysia#viraltiktok#fyp#fypシ゚viral

♬ bunyi asal – SingLeMama…🥀 – 🌼_____🌼

Perkongsian video singkat yang tular itu turut mendapat perhatian netizen di mana rata-rata netizen mendoakan agar beliau segera mendapat jodoh.

Sumber: TikTok @dinaraaa
Sumber: TikTok @dinaraaa

Sementara itu, tidak kurang juga terhibur dengan gurauan Puteri Sarah memaklumkan bekas suminya yang menelefon beliau sewaktu membuat live.

Sebelum ini Puteri Sarah turut beri hint bakal menerima ‘tetamu istimewa’ sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru.