Kecoh baru baru ini apabila Puteri Sarah Liyana menghisap vape ketika bersiaran langsung.

Ianya membuatkan ramai mengkritik pelakon wanita itu sambil mengingatkannya bahawa vape adalah rokok cuma dalam bentuk elektronik.

Baca Juga:

Pembantu peribadi kepada artis itu bernama Acu, kemudian tampil memberikan penjelasan. Menurutnya, semua itu kekhilafan oleh dia bukannya Puteri Sarah.

Ketika itu Puteri Sarah Liyana sedang membebel, dan dia pula menghulurkan peranti elektronik itu yang terus dihisap oleh Puteri Sarah.

Menurut Acu, dia tidak berniat untuk mengajar artis itu tabiat buruk itu. Dan dia meminta maaf. Insiden itu menurutnya berlaku terlalu spontan.

Puteri Sarah Liyana sendiri turut meminta maaf di atas kekhilafannya. Sambil menjelaskan bahawa vape yang dia hisap itu adalah vape yang dibeli di Jakarta yang tidak ada nikotin.

Acu memulakan penjelasan bahawa vape itu bukan milik PSL, tetapi miliknya.

Acu sebenarnya mengambil pendekatan menghisap vape tanpa nikotin sebagai langkah untuk berhenti merokok. Dia mengakui dia seorang perokok tegar.

“Acu nak jelaskan ok. Tadi sedang PSL membebel, Acu pun bagi dia vape ni. Ini Acu punya tau. Sejak Acu kenal PSL, Acu dah kurang merokok. Acu sebenarnya perokok tegar. Sehari dua kotak rokok.

@lilyanna_layola

#fyp #fyppppppppppppppppppppppp #andiarsyil #puterisarahliyana #lumier #lumierskincare #lumierskincarehq #pigment #trending #viral #viraltiktok

♬ original sound – LUMIER by Puteri Sarah Liyana – LUMIER by Puteri Sarah Liyana

Acu berkata: “Saya terbagi kepada PSL [Puteri Sarah Liyana] benda ni. Sebenarnya Acu tidak mengajar dia. Maaf, dan ini memang kesilapan Aculah. Minta maaf kepada peminat peminat Sarah.

Seterusnya Puteri Sarah menjelaskan bahawa vape yang dia hisap itu tak ubah seperti sisha sahaja dan ianya tidak ada nikotin.

“Dekat Jakarta, vape tidak ada nikotin, ianya kosong, cuma ada perisa, yang ini perisa jambu,” tambah Puteri Sarah.

 

Acu membuat penjelasan itu di TikTok dengan adanya Puteri Liyana sekali berada di sebelahnya.

@lilyanna_layola

#fyp #fyppppppppppppppppppppppp #andiarsyil #puterisarahliyana #lumier #lumierskincare #lumierskincarehq #pigment #trending #viral #viraltiktok

♬ original sound – LUMIER by Puteri Sarah Liyana – LUMIER by Puteri Sarah Liyana

Rata rata peminat Puteri Sarah menerima penjelasan daripada Acu dan PSL.

Acu menyatakan bahawa selepas ini dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.