Seperti yang ramai sedia maklum, 15 September sehingga 27 September 2018 bakal berlangsungnya Hari Pesta Harapan. Terdapat pelbagai acara yang diadakan bersempena Hari Pesta Harapan antaranya Konsert Harapan, Countdown Hari Malaysia, Harapan Fun Run, E-sukan, Voice For Nation dan akhir sekali Entrepreneurship Summit.
Buat para usahawan di Malaysia, program khas daripada Alibaba ini pastinya antara yang tidak mahu anda lepaskan. Difahamkan acara ini turut menampilkan usahawan-usahawan yang berjaya, pemilik perniagaaan dan juga para pelabur.
Seminar ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 september ini di Palace Of The Golden Horses. Program yang julung julung kali diadakan ini dikatakan turut menjemput sehingga 2,000 para usahawan untuk menyertainya.
Buat anda yang berminat untuk menyertai seminar ini, anda boleh melayari laman web untuk mendaftar dan mengetahui lebih lanjut mengenai aturcara program yang berlangsung.