Penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar berpesan kepada semua agar tidak mempermainkan perasaan wanita.

Menurut beliau, kalau nak main, mainlah sukan apa sahaja. Namun bukannya mempermainkan perasaan seorang wanita.

Baca Juga:

Sambil berseloroh Aliff Satar menegaskan bahawa, melihatkan cara dia kemam ketika mahu menyepak bola pun dah tahu yang dia seorang yang handal bermain bola sepak.

Aliff menulis di Instagramnya dengan berkata: “Kau nak main sukan apa pun, kau main lah.. [Tetapi] jangan main perasaan wanita je. Tak baik…

“Tengok cara aku kemam tu pun korang dh tau aku terror [hebat] bermain bola kan?”

Alif Satar antara selebriti yang kerap menjadi bualan ramai setiap kali ada kes kecurangan melibatkan Aliff Aziz dengan wanita lain.

Alif Satar kekal tenang dan menyatakan bahawa fokusnya sentiasa kepada kehidupannya sendiri dan juga berusaha untuk memperbaiki dirinya.

Alif turut dipuji kerana menggunakan pengaruhnya untuk mengajak orang ramai bersolat subuh di masjid dengan kempen di media sosial, Subuh Macam Jumaat.

Alif Satar baru baru ini dirundung kontroversi dituduh menyanyi di sebuah gereja di UK. Perkara itu dinafikan sendiri oleh sahabatnya yang menceritakan hal sebenar.

Sebenarnya Alif Satar membuat persembahan di sebuah dewan serbaguna yang digunakan pelbagai bangsa dan agama.

Kawan kepada Alif Satar, Zaidan Zainuddin tampil menjelaskan perkara itu dan menyatakan bahawa Alif Satar bukannya bodoh dalam memilih venue tempat dia membuat persembahan.

Zaidan turut membidas netizen yang menurutnya terlalu cepat melatah.

Zaidan berkata: “Orang kita cepat melatah, Isu alif buat concert kat gereja. Hangpa tau dak gereja yg event organizer sewa ni adalah Community center/event space yang memang untuk disewakan.

“Masa aku pi hari recce sebelum concert day ada ramai kids kat tengah-tengah space ni, depa tengah ada nursery session. Rasa macam pelik la juga, ni gereja ke dewan?

“Mula-mula aku sampai, adalah rasa terkejut buat show sini tapi bila tau tempat ni memang event space dan gereja ni tadak cross pun pasal ia adalah anglican church, so aku paham.

“Impression aku berubah, betul juga masa aku belajar islamic architecture, masjid sepatutnya jadi community center, tempat orang berkumpul untuk buat aktiviti, bukan saja untuk tempat solat.

“Kenapa kita ada that narrow minded perspective yang non muslim tak boleh masuk kawasan masjid, Orang islam tak boleh masuk church.

“Macam aku dah cakap sebelum ni Alif tak bodoh sangatlah untuk buat decision bab memilih location performance dia.”