Sejak beberapa kebelakangan ini, media banyak melaporkan insiden yang melibatkan para pelajar sekolah membuat kesalahan yang boleh menyebabkan mereka dikenakan hukuman berat.
Pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar kongsikan satu hantaran Threads mengenai pengalaman peribadi berbuka puasa dengan banduan akhir, serta pelajar yang menyesal disumbat msauk ke dalam Penjara Sungai Buloh.
Baca Juga:
- ‘Itu Gereja Lama Yang Tidak Digunakan’ – Alif Satar

- Kawan Alif Satar Jelaskan Kes ‘Nyanyi Kat Gereja’

- ‘Macam Tak Ikhlas’ – Pendakwah ‘Back Up’ Alif Satar Isu Kempen Subuh Macam Jumaat


“Saya pernah buat satu vlog di Youtube channel, konten dalam penjara (berbuka puasa dengan banduan akhir). Saya archive video itu sekarang untuk menjaga sensitiviti keluarga mangsa terlibat dan pesalah pun sudah dijatuh hukum.
“Tapi saya rasa macam nak kongsikan semual konten itu. Jujur saya rasa mesej dalam vlog itu, budak-budak sekolah rendah/menengah kena tengok. Akibat jenayah buli, dan menyebabkan kematian mangsa, 8 orang ni dipenjara dan hilang masa depan. Habis bro,” kongsi Alif.
Ada banduan yang menangis bercakap kepadanya sekiranya diberikan kipas tangan di dalam penjara, dia berasa sangat bersyukur sekali.
Menurut beliau, walaupun cuma berada di penjara selama beberapa jam, namun ia merupakan salah satu pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya.
Warganet meminta agar Alif dapat kongsikan semula video tersebut untuk ditontonkan kepada para pelajar supaya mereka dapat gambaran sebenar berada di dalam penjara akibat melakukan kesalahan berat.