Aliff Aziz akhirnya tampil mendedahkan bagaimana dia boleh menjalin hubungan yang mesra dan berkongsi masalah peribadi dengan Ruhainies.

Menurutnya, semuanya kerana prestasi kerjanya yang semakin merosot kerana ada masalah. Setiap kali dia cuba meluahkan kesulitannya kepada Bella Astillah, akan tercetus pergaduhan antara mereka.

Baca Juga:

Demi menjaga prestasi kerjanya, dia telah mencari tempat mengadu dan meluahkan masalahnya. Dan ketika itu Ruhainies menjadi orang yang prihatin ke atasnya.

Dalam siaran podcast, Aliff Aziz menyatakan hubungan dia dengan Ruhainies akhirnya menjadi lebih rapat selepas pelakon itu mendengar luahannya. Lebih lebih lagi mereka bekerjasama di set yang sama.

Dipetik dari Beautifulnara, Aliff Aziz berkata: Saya rasa perkara ini terjadi sebab saya tak dapat nak berkomunikasi dengan Bella betul-betul. Setiap kali saya cuba untuk berkomunikasi, setiap kali saya nak ceritakan tentang perasaan saya ia akan jadi pergaduhan.

“Tapi dalam beberapa minggu semasa penggambaran, saya rasa mungkin prestasi saya dalam kerja kurang baik dan ramai yang di set penggambaran perasan perkara itu. Ruhainies pun ada bertanya adakah saya mempunyai masalah.”

Di situlah mereka mulai lebih mesra dan Aliff berkongsi kisah peribadinya. Ruhainies menunjukkan rasa simpatinya ke atas apa yang menimpa Aliff Aziz.

Walaubagaimanapun, Aliff Aziz akui, tindakannya berkongsi masalah peribadinya dengan Ruhainies adalah satu kesilapan dan dia kesali.

Ini kerana ianya telah membuka pintu kepada Ruhainies untuk menjadi lebih rapat dengannya.

Mereka berdua kemudian ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu. Kedua duanya menafikan bahawa mereka sengaja berdua duaan. Sebaliknya Ruhainies menyatakan mereka sebenarnya sedang menunggu ahli keluarganya yang lain untuk makan malam.

Insiden itu membuatkan Bella Astillah menuntut cerai daripada Aliff Aziz. Namun Aliff pada masa itu enggan melepaskan isterinya itu.

Tidak lama selepas itu seorang lagi wanita yang mengakui dia adalah skandal Aliff Aziz, Sarah Yasmine telah berkongsi tangkap layar perbualan Aliff Aziz dan Ruhainies yang ternyata bermain kayu tiga di belakang Bella Astillah.