Sarah Yasmine menolak pelawaan Ruhainies yang mahu berjumpa dengannya. Sambil mengutuk bahasa Inggeris pelakon itu teruk.

Ruhainies menghantar mesej peribadi di IG mahu berjumpa dengan Sarah Yasmine dan Bella Astillah.

Menurut Ruhainies perjumpaan itu tidak melibatkan Aliff Aziz. Malang sekali pelawaan itu ditolak oleh Sarah.

Sarah mendedahkan bahawa dia menolak pelawaan itu. Dan sekadar mengucapkan terima kasih.

Ini kerana Ruhainies dilihat seorang pembelit dan penipu yang cuba menyelamatkan kariernya semata mata setelah beberapa jenama mulai tidak berminat untuk bekerjasama dengannya.

Sarah Yasmine membalas: “Kamu tahu yang saya sangat kenal dengan Aliff, lebih daripada kamu kenal dia, untuk tahun bahawa ini dia yang menaip kan? Dan Inggeris kamu adalah teruk.

“Sudah sudahlah mahu memperbodohkan saya dan jujurnya ia meloyakan.”

Ruhainies kemudian menulis: “Aliff kat Singapura. Sarah ianya hanya antara kamu saya dan Bella, yang saya rancang untuk duduk berbincang, bukannya dengan Aliff.

Sarah Yasmine kemudian menduga, bagaimana Ruhainies boleh tahu Aliff Aziz ada di Singapura? Adakah kerana Ruhainies dan Aliff berhubungan?

Sarah Yasmine seterusnya menyatakan dia benar benar kecewa kerana difitnah oleh Ruhainies. Dan memberitahu Ruhainies bahawa Aliff Aziz sebenarnya tak sayang pun dengan pelakon itu.

Dia cuma mengambil kesempatan ke atas Ruhainies yang membayarkan ‘itu ini’ untuk Aliff.