Sebelum ini, Sarah Yasmine telah mendedahkan dirinya adalah kekasih kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz. Terbaharu, Sarah tampil memuat naik gambar perbualan antara Ruhainies dan Aliff Aziz di Whatsapp menerusi Instastory miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat perbualan antara Ruhainies dan juga Aliff selepas mereka ditangkap khalwat. Mereka dilihat merancang untuk mengeluarkan kenyataan bersama agar keadaan menyebelahi mereka.
Baca Juga:
- Aliff Aziz Kantoi Curang Banyak Kali, Netizen Nasihat Bella Astillah Buat ‘Medical Check Up’
- Kongsi Video Berpeluk Mesra Dan Cium Pipi, Wanita Ini Mengaku Kekasih Gelap Aliff Aziz
- ‘Saya Jemput Aliff Ke Rumah Untuk Dinner Bersama Keluarga’ – Ini Penjelasan Ruhainies
Menurut Sarah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Aliff kepada pihak media ditulis olehnya dan dia berpihak kepada Bella walaupun menjalin hubungan bersama Aliff.
Tidak hanya itu, Aliff juga dilihat memaki hamun dan memanggil Bella dengan gelaran tidak wajar untuk diberikan oleh seorang seorang suami kepada isterinya.
Sarah juga mendakwa Ruhainies seorang yang suka memanipulasi sehingga sanggup membiayai kos peguam untuk Aliff dan Aliff seperti ‘lembu dicucuk hidung’.
Selain itu, Ruhainies juga seolah-olah kurang senang apabila Bella dilantik sebagai wajah baharu produk kecantikan yang sebelum ini melantiknya sebagai wajah produk itu.
Ruhainies turut mendakwa Bella seperti tidak malu apabila sanggup menggantikan tempatnya dan menerima tawaran itu serta tergamak menggelar produk berkenaan dan Bella dengan perkataan tidak baik.
Untuk rekod, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff didakwa ditangkap khalwat bersama Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.