Sarah Yasmin mahu saman Aliff Aziz selepas aktor itu mengaku bersalah berkhalwat dengan aktres Ruhainies.
Dia memuat naik notis LOD di ruangan IG miliknya. Bimbang kalau surat tersebut tidak sampai ke tangan Aliff Aziz.
Sarah Yasmine mahu saman Aliff Aziz selepas didapati bersalah
Jelas sekali Sarah Yasmine mahu saman Aliff Aziz dengan notis guaman sudah dihantar kepada pelakon itu.
Sarah Yasmine berkata: “Sekiranya kamu ‘tidak menerima’ apa yang saya hantar kepada anda secara peribadi semalam pada 8 Mac 2025, tidak ada cara untuk menyatakannya sebaik sahaja saya menyiarkannya di sini.
“Ini baru permulaan. Bagi mereka yang membuatka saya yangg salah dalam tempoh masa yang sama, terutamanya yang mereka reka pembohongan tentang saya, sama ada pembohongan besar atau kecil, ketahuilah bahawa saya akan datang kepada kamu juga tahun ini.
“Kamu tahu siapa kamu.
“Dah beritahu kamu semua, kebenaran pasti akan menang. Alhamdullilah & Bismillah.
“Ramadan Mubarak buat semua, semoga kamu semua dikurniakan kebahagiaan. Menunggu setahun penuh untuk perkara ini, selamat ulangtahun.”
'Ini hanyalah permulaan' – Sarah Yasmine tuntut Aliff Aziz bayar RM875,000 https://t.co/3dcWW4U3SX pic.twitter.com/jjic1pk6vE
— HibGlam (@hibglam) March 9, 2025
Sarah Yasmine mahu saman Aliff Aziz S$250,000 atau sekitar RM875,000 kerana aktor itu telah secara salah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan.
Tindakan itu secara tidak langsung menuduh Sarah Yasmine sebagai memfitnah Aliff Aziz dan Ruhainies.
Dan kini, setelah Aliff Aziz dan Ruhainies didapati bersalah dan diarahkan membayar denda atas perbuatan mereka, maka Sarah Yasmine menegaskan bahawa semua kenyataan dimuat naiknya atau disebutnya kepada media sebelum ini terbukti berfakta.
Dipetik daripada laman Beautifulnara, Sarah Yasmine berkata: “Pengakuan ini mengesahkan bahawa kenyataan saya sebelum ini mengenai hubungan anda dengan pelakon tersebut, yang telah saya kongsikan secara terbuka, adalah benar dan tidak memfitnah.”
Tahun lalu Sarah Yasmine menyatakan dia kecewa dengan Aliff Aziz yang ternyata memasang skandal selain daripadanya. Sedangkan dia banyak berhabis duit pada Aliff Aziz.
Sarah Yasmine turut berkongsi tangkap layar perbualan yang didakwa melibatkan dia dan Aliff Aziz serta perbualan Aliff Aziz dengan individu bernama NRF yang dipercayai Ruhainies.
Sarah Yasmine menuduh Aliff Aziz sudah dimanipulasi oleh Ruhainies.