Datuk Seri Aliff Syukri bengang dengan kecaman yang diterimanya daripada segelintir pihak kerana menjalinkan kolaborasi dengan Ira Kazar.

Baru baru ini Aliff Syukri melantik Ira Kazar menjadi duta produknya. Membuatkan ada pihak yang tak senang dan mahu memboikot produknya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Aliff Syukri ternyata kecewa dengan tindakan tersebut. Kerana menurutnya, jika dia tidak mengambil orang seperti Ira Kazar dan memberikannya kerja: “Macamana kalau dia buat benda yang tak elok?” tegas beliau kegeraman.

Selain itu, Aliff Syukri menyatakan bahawa, dia melantik Ira Kazar sebagai model tudung, bukannya mengarahkannya untuk selak kain atau sebagainya.

Bukan itu sahaja, Aliff Syukri sebelum ini pernah melantik artis ternama yang lain untuk menjadi duta produknya, namun tiada siapa pun kisah. Apabila tiba ke kolaborasi dengan Ira Kazar terus dia dihentam dan mahu diboikot.

Bercakap kepada Mstar Online, Aliff Syukri turut menegaskan bahawa dia telah memabayar cuka LHDN dan zakat berpuluh juta, tiada siapa pun kisah tentangnya:

“Inilah orang Melayu benda baik tak nak pandang, benda buruk sahaja pandang, saya bayar LHDN dan zakat puluh juta, ada orang pandang?,” soal beliau.

“Sebab itu saya nasihatkan jangan lihat perkara ini dari sisi negatif, kalau saya tak ambil artis atau individu buruk tu mereka tiada pekerjaan dan buat perkara bukan-bukan macam mana?

“Bukan saya suruh mereka selak kain, saya suruh jadi model… apa masalah netizen.”

Dia membuat keputusan sebagai seorang usahawan dan dia tak mahu masuk campur dalam isu antara Ira Kazar dengan Puteri Sarah, contohnya.

Dari segi populariti dan publisiti, nama Ira Kazar baru baru ini diiktiraf antara nama yang paling banyak dalam carian google Malaysia, mengatasi Datuk Michelle Yeoh.

iPhone 15, Sumbangan Tunai Rahmah Dan Ira Kazar Muncul Antara Carian Paling Popular Di Malaysia