Usahawan, pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mendedahkan kos-kos penyelenggaraan rumah yang ditanggungnya.

Menerusi perkongsiaan beliau kepada Berita Harian, bagi kos untuk mengecat semula rumah yang didiami sekarang boleh menelan belanja RM450,000.

Baca Juga:

“Kalau nak tahu, saya hampir 10 tahun tak cat rumah. Sekali nak buat, kos boleh mencecah RM450,000. Bukan nak riak. Kos tinggi sebab guna spray, bukannya cat biasa.

“Bila dah lama, warna pudar, jadi saya terpaksa cat semula. Orang ingat mahal sebab guna cat biasa, tetapi sebenarnya teknik spray. Tambahan pula rumah bertingkat, perlu peralatan khas,” katanya.

Kos tinggi tersebut merangkumi keseluruhan kediaman termasuk bahagian dalam, luar serta pagar rumah.

“Bila saya minta sebut harga, memang terkejut. Mahal, tetapi hasilnya lebih kemas dan cantik,” katanya.

Menurut Aliff, sebelum ini beliau dan pembantunya mengecat sendiri secara berperingkat-peringkat.

“Dulu kami cat sikit-sikit guna cat biasa, habis sekitar RM50,000. Kami buat bahagian bawah sahaja kerana bahagian atas perlukan peralatan khas.

“Akhirnya saya ambil kontraktor. Memang mahal sebab guna spray dan prosesnya ambil masa, tetapi hasilnya lebih berkualiti,” katanya.

Kos-kos penyelenggaraan lain

Memetik laporan itu lagi, usahawan tersebut menyatakan kos penyelenggaraan lain untuk rumahnya melibatkan pengilapan lantai RM30,000, tukar langsir RM800,000 dan baiki bumbung bocor cecah ratusan ribu ringgit setahun.

“Raya ini nampak meriah dengan cat baharu, tetapi hakikatnya bukan mudah.

“Saya bekerja dari pagi sampai malam, buat siaran langsung untuk jana pendapatan. Nak bayar gaji pekerja sahaja mencecah RM1.2 juta sebulan, belum termasuk komitmen lain.

“Saya bukan nak bermegah, cuma berkongsi realiti di sebalik apa yang orang nampak,” katanya.

Sumber