Sekadar April Fool, itulah yang dikatakan Datuk Sri Aliff Syukri setelah menerima respon panas dari ramai pihak ke atas video lagu rayanya.
Aliff Syukri sebelum ini menuai kritikan netizen dan juga ibunya sendiri kerana video promosi lagu raya beliau yang dianggap tidak sepatutnya.
Baca Juga:
- Netizen Minta Kerajaan Haramkan Lagu Raya Aliff Syukri Kerana Persendakan Agama
- Aliff Syukri Minta Maaf, Padam MV Lagu Raya Demi Ibu
- Ibu Malu Tengok Video Lagu Raya Aliff Syukri Yang Tak Berakhlak
Ramai yang mengecam video tersebut seolah olah perosak industri hiburan dan juga perosak Hari Raya itu sendiri. Apabila sekumpulan lelaki yang beraksi melebih lebih menggeletis di hadapan kamera.
Aliff Syukri malah sempat menyatakan dia agak sedih usahanya membuat video lagu raya tidak dihargai rakyat Malaysia kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
Dan dia telah memadamkan video tersebut yang dianggap tidak berakhlak oleh ibunya sendiri.
Di mana puan Rozita – ibu kepada Aliff Syukri – merayu agar anak kesayangannya itu memadamkan video itu yang ternyata tidak menggambarkan akhlak seorang Islam.
Ibu Malu Tengok Video Lagu Raya Aliff Syukri Yang Tak Berakhlak
Terbaru, Aliff Syukri ketawa gembira kerana satu Malaysia sudah kena ‘game’ dengan konten April Fool beliau.
“Kepada korang semua, April Fool! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk adalah daripada saya,” tegas beliau – seperti dilaporkan Mstar Online.
Aliff Syukri meminta peminatnya yang terkena dengan prank tersebut untuk meninggalkan komen di Instagramnya.
“Maaf semua, saya hanya menyakat korang saja lah. Janganlah serius sangat. Hidup ini kena ceria sahaja,” tutup beliau.
Aliff Syukri menyatakan bahawa tahun ini dia tidak ada lagu raya. Dia meminta maaf kepada semua netizen dan isterinya yang geram kerana usikan April Fool beliau.