Datuk Seri Aliff Syukri mengumumkan bahawa tahun ini tiada lagu raya daripada beliau.

Aliff Syukri kesal dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang menantikan lagu raya daripadanya tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hal ini kerana komposer lagu raya beliau telah menikamnya dari belakang dengan mencuri lagunya dan memberikan kepada artis lain.

Dalam kenyataan rasmi di IG milik beliau, usahawan selebriti itu berkata: “Maafkan saya awak..komposer saya buat taik.

“Curi lagu lirik saya, dan bagi kat artis lain.”

Aliff Syukri turut nekad untuk berkarya di luar negara selepas ini kerana bakatnya tidak dihargai di negara sendiri. Sambil menegaskan bahawa rakyat Malaysia akan kemurungan tahun ini tanpa lagu raya daripada beliau.

Maaf semua sebab saya kecewakan korang, saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ni. Smeuanya sebab saya kecewa dengan industri musik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya.

“Saya terpaksa membawa diri utk menunjukkan bakat saya ke luar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini.”

Beberapa bulan lalu, Aliff Syukri berbalah dengan Amy Ukays yang enggan menciptakannya lagu raya. Hal ini kerana Amy menganggap Aliff Syukri bukan seorang penyanyi.

Kenyataan itu membuatkan Aliff Syukri bengang dan menegaskan bahawa ramai lagi komposer di luar sana yang mahu menciptakannya lagu. Cuma sekarang, komposer tersebut dah buat taik, kata beliau.