Datuk Seri Aliff Syukri memberikan amaran kepada seorang anak kepada ikon fesyen di Malaysia agar membayar hutangnya atau dia mendedahkan identitinya di media sosial.
Aliff Syukri berkata, individu tersebut masih berhutang puluhan juta ringgit tetapi dilihat hidup bersenang lenang dan bermewah mewah.
Individu tersebut didakwa melancong ke London dengan penerbangan kelas pertama. Sedangkan Aliff Syukri sendiri menaiki kelas ekonomi.
Aliff Syukri menyatakan hutang tersebut adalah daripada projek usahasama perniagaan hartanah yang turut disertainya.
Datuk Seri Aliff Syukri meletakkan kepercayaan kepada projek tersebut kerana kredibiliti yang dimiliki individu itu, dan kini dia merasakan bahawa dia sudah ditipu.
Dipetik daripada Beautifulnara, Aliff Syukri berkata: “Sepatutnya bila melabur saya akan dapat keuntungan daripada situ. Saya sertai sebab kredibiliti dia sebagai seorang yang berpengaruh tapi nampak gaya macam saya dah hampir nak ditipu.”
Buat masa ini, Aliff Syukri hanya merujuk individu tersebut sebagai anak ikon fesyen, ini kerana ketika ini, Aliff Syukri mahu memberikan peluang kepada individu tersebut membayar hutangnya.
Dan Datuk Seri Aliff Syukri yang juga jutawan kosmetik. sudah menghantar surat kepada ayah individu tersebut untuk membayar balik hutang mencecah puluhan juta ringgit itu.
“Kalau bukan Julai tak selesai, siap! Aku akan viralkan,” kata Aliff Syukri yang kecewa dijanjikan bulan bintang oleh individu tersebut.