Di SoFi Stadium, Los Angeles, nama Alireza Beiranvand sekali lagi bergema.
Iran berjaya mengikat pasukan gergasi Belgium 0-0 dalam aksi Kumpulan G Piala Dunia 2026, dan di sebalik keputusan itu, berdiri seorang lelaki yang menafikan segala percubaan bintang-bintang besar Eropah.
Kevin De Bruyne mencuba dari jarak jauh. Romelu Lukaku mengganas di kotak penalti. Belgium melancarkan serangan bertali arus.
Namun setiap kali bola menuju ke gawang, Beiranvand muncul sebagai tembok terakhir — refleks pantas, kedudukan tepat, dan ketenangan luar biasa. Tujuh saves keseluruhan. Satu persembahan kelas dunia.
Ya estaba tirando en el césped y el rebote le favoreció a De Cuyper. Parecía que el gol belga era inminente, pero Alireza Beiranvand no bajó la guardia, siguió la jugada y sacó una MANO IMPRESIONANTE. Si hoy Irán logró sumar ante Bélgica fue, en muy buena medida, por la IMPERIAL… pic.twitter.com/AuvjMGHkrI
— Invictos (@InvictosSomos) June 21, 2026
Tetapi kisahnya tidak bermula di stadium megah itu. Kisahnya sudah lama dia tulis sejak berdekad yang lalu bermula di sebuah khemah usang di Lorestan, Iran.
Hidup sebagai anak gembala
Alireza lahir dalam keluarga pengembala biri-biri yang hidup secara nomad.
Mereka tiada rumah, kerana kehidupan mereka berpindah randah dan nomad, mengikut ayahnya yang menjadi gembala biri biri.
Sejak kecil, hidupnya dipenuhi rutin menjaga ternakan dan merentas tanah kering Iran bersama keluarga.
Sehingga usia 14 tahun, dia sendiri masih membantu ayahnya mengembala biri-biri.
Bola sepak ketika itu hanyalah mimpi jauh, sesuatu yang kelihatan tidak realistik bagi seorang budak kampung di tengah padang pasir.
Keluarganya tidak berminat tentang bola sepak, kerana ia dianggap hal tidak penting. Paling penting adalah kais pagi makan pagi dan kais petang makan pentang.
Namun dalam dirinya, ada satu perkara yang tidak pernah padam: keinginan untuk menjadi pemain bola sepak. Menariknya asalnya dia seorang penyerang, namun ketika itu mereka tidak ada penjaga gol, lalu Beiranvand menukar posisinya. Keputusan yang akan mengubah hidupnya selamanya…
Impian yang ditentang keluarga
Keluarganya mahu dia meneruskan kehidupan tradisi. Bahkan pernah diceritakan, jersi dan sarung tangan yang menjadi simbol cita-citanya pernah dikoyakkan oleh ayahnya sendiri.
Namun Alireza memilih jalan berani. Lalu dia meninggalkan rumah, menuju Tehran — tanpa jaminan, tanpa kemewahan, dan hampir tanpa apa-apa.
Untuk sampai ke sana, dia meminjam wang daripada saudara dan kenalan. Itu satu-satunya “modal” untuk mengejar mimpi.
Kehidupan merempat di jalanan Tehran
Kota besar tidak menyambutnya dengan mudah. Tiada kisah romantisme seorang anak muda di bandar besar Tehran untuknya.
Alireza menjadi gelandangan yang tidur di kaki lima, menjadikan langit sebagai bumbung. Untuk terus hidup, dia bekerja apa sahaja — di kedai pizza, di car wash, malah pernah menjadi tukang cuci jalan.
Ujian sebenarnya di sini bukan bola sepak, namun survival seorang remaja yang tidak tahu sama ada dia akan makan ke tidak malam nanti dan esok?
Iran’s goalkeeper was once homeless.
You can talk about Vozinha or Eloy Room all you want, but Alireza Beiranvand is the man who deserves all of the world’s followers.
This is a man who was born into a poor rural family in Lorestan, Iran.
He dreamed of becoming a professional… pic.twitter.com/8GAkoUYAwl
— Jafehh (@jafehh) June 22, 2026
Setiap hari adalah pertarungan antara lapar dan harapan mahu menjadi pemain bola sepak.
Namun setiap malam, dia tetap mencari bola. Berlatih sendiri. Menguatkan tangan, refleks, dan impian yang satu itu.
Tuhan itu adil
Tuhan itu maha adil. Dan Tuhan sentiasa melihat hambanya berusaha. Takdirnya mula berubah apabila seorang jurulatih melihat potensinya.
Dia mendapat peluang bersama Naft Tehran — dan dari situ, segalanya mula bergerak pantas.
Bakat semulajadinya sebagai penjaga gol semakin menyerlah walaupun tanpa didikan akademi elit seperti pemain Eropah.
Dia tidak dibentuk oleh sistem. Dia dibentuk oleh kehidupan yang keras dan semangat untuk mahu terus hidup.
Piala Dunia 2018
Nama Alireza Beiranvand mula dikenali dunia ketika Piala Dunia 2018.
Antara momen paling diingati ialah ketika menentang Portugal — dia menyelamatkan sepakan penalti Cristiano Ronaldo selepas aksi solo dan gol trivela Ricardo Quaresma dalam perlawanan sama yang mencuri perhatian dunia.
Iran ketika itu mengejutkan dunia apabila mengikat Portugal yang diketuai prime Ronaldo dengan gol penalti pada masa kecederaan.
Sejak itu, reputasinya terus meningkat. Ini termasuk rekod lontaran jauh penjaga gol yang pernah diiktiraf Guinness World Records — 61.0026 meter ketika aksi kelayakan menentang Korea Selatan.
🇮🇷 Iran held Belgium to a draw, but one man stole the show: Goal keeper, Alireza Beiranvand.
He made stunning saves, including blocking a shot with his chest.
But his story is even more incredible…
As a teenager, he ran away from home and moved to Tehran to chase his dream of… pic.twitter.com/zS0UJ4O3r4— Karungi Sarah (@Karungisera2) June 21, 2026
Sejak hari itu, Ali Beiranvand adalah nama gah di negaranya. Daripada pemain muda yang berbadan kurus, dia mulai menjadi seorang lelaki matang yang ‘sado’.
Dia terlibat dalam Piala Dunia 2026, untuk ketiga kalinya dia beraksi di Piala Dunia. Tak ramai pemain Iran yang mampu melakukannya.
Beiranvand kini bukan lagi budak kurus dari kampung. Dia hadir sebagai penjaga gol berusia 33 tahun, lebih matang, lebih berpengalaman, dan lebih tenang.
Dan ketika Belgium menyerang tanpa henti, dia berdiri di tengah segalanya. Menepis, membaca, menutup ruang.
Seolah-olah sejarahnya sendiri yang mengajarnya cara bertahan dalam tekanan. Dia membawa semangat lelaki Iran sejati yang sentiasa bermati matian mempertahankan kubu mereka.
Ketika Amerika Syarikat menekan Iran dengan pelbagai cara, termasuk menafikan visa staf teknikal dan penyokong mereka, Alireza muncul menjadi nama yang kini dipuja seluruh dunia.
🇮🇷 Iran held Belgium to a draw, but one man stole the show: Goal keeper, Alireza Beiranvand.
He made stunning saves, including blocking a shot with his chest.
But his story is even more incredible…
As a teenager, he ran away from home and moved to Tehran to chase his dream of… pic.twitter.com/zS0UJ4O3r4— Karungi Sarah (@Karungisera2) June 21, 2026
Epilog
Dari anak pengembala biri-biri di Lorestan, kepada pekerja car wash di Tehran, hingga menjadi wira Piala Dunia — kisah Alireza Beiranvand bukan sekadar tentang bola sepak.
Statusnya sebagai legenda Iran sudah terpelihara.
Ini adalah kisah tentang seorang lelaki yang menolak had hidupnya sendiri.
Kadang-kadang, wira bola sepak itu tidak lahir di stadium besar, atau akademi elit, tetapi lahir dari jalanan yang keras.