Berikutan banyak kontroversi yang muncul melibatkan selebriti di Malaysia, Amira Othman tampil mengulas isu terbabit dalam satu temu bual.
Menurut Amira, dia sentiasa mengingatkan diri agar tidak menjaga tepi kain orang lain demi ketenangan hidup dan mengambil langkah selamat kerana memahami cabaran hidup setiap orang berbeza selain mahu kehidupan tanpa masalah.
Baca Juga:
- ‘Tiga Jam Ketuk Pintu, JAWI Hubungi Bomba’ – Aliff Aziz Dan Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat
- ‘Single Banyak, Suami Orang Juga Nak’ – Nama Ruhainies Dipetik Ditangkap Khalwat Dengan Aliff Aziz
- 30 Minit Sahaja, Tak Lama Pun, Kata Ruhainies
“Kalau terdengar pun hanya akan di situ sahaja. Tidak akan disampaikan sebab tak suka cerita saya disampai-sampaikan dan enggan buat pada orang lain.
“Dunia sementara sahaja, tidak perlulah sibuk-sibuk kita aibkan sesama manusia. Allah tutup banyak sangat aib dan dosa kita.
“Jangan mendengar yang tidak perlu didengar, jangan melihat yang tidak perlu dilihat dan jangan pernah cari tahu yang tidak perlu kita tahu.” ujar Amira.
Tambahnya, dia lebih memilih untuk berdiam diri daripada menjadi orang yang menyebarkan aib orang lain. Malah, Amira turut menasihati orang ramai untuk tidak sibuk dengan perihal orang lain jika tiada kena mengena dengan diri sendiri.