Along Cham dakwa dia kembali bujang menerusi hantaran di Instagramnya. Keadaan itu membuatkan isterinya Afreena Suhaimi atau Feena terkejut.

Menurut Feena, setahu dia, dia dan suaminya itu masih tidak bercerai secara sah. Dan hatinya hancur melihat hantaran suaminya. Di mana Along Cham dakwa dia kembali bujang.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Along memberitahu pengikutnya di IG bahawa urusan mahkamah melibatkan perceraiannya dia dengan isterinya sudah selesai.

Dia menulis: “Alhamdullilah, selesai untuk urusan mahkamah syariah.”

Dia turut meletakkan tanda pagar Arbaie kembali bujang.

along cham

Isteri terkejut Along Cham dakwa dia kembali bujang

Feena benar benar terkejut apabila Along Cham dakwa dia kembali bujang. Kerana dia tidak menerima sebarang panggilan daripada mahkamah.

“Saya tak ada menerima sebarang makluman daripada mahkamah syariah. Apa yang saya tahu, perkara ini melibatkan dua pihak.

“Macamana dia boleh kata dia bujang sedangkan mahkamah  masih tidak panggil saya?

“Saya terkejut ketika mendapat tahu perkara ini,” tegas Feena kepada mStar.

Seterusnya Feena akui hatinya remuk dan hancur melihat hantaran suaminya itu di Instagram.

“Hati saya remuk dan hancur. Saya tak tahu apa apa,” tambah Feena lagi.

Feena menjelaskan bahawa sebelum ini dia sudah cuba menghubungi suaminya itu. Dan cuba menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 4 April 2024 itu.

Dia menegaskan bahawa dia tidak mahu bercerai. Dan ketika ini dia masih lagi berstatus isteri kepada Along Cham.

Rumah tangga pasangan tersebut bergolak setelah Along Cham keluar daripada tahanan polis.

Along sebelum ini menuduh isterinya itu telah menggelapkan wang sumbangan awam untuk membantu dia keluar penjara bernilai RM100,000.

Namun Feena menafikannya dan mengesyaki bahawa dia sudah ditipu oleh seseorang.

Isteri along cham report polis

Tidak lama kemudian muncul laporan, pasangan suami isteri ditahan polis untuk membantu siasatan kes melibatkan penipuan wang.

Polis mengesyaki pasangan suami isteri itu telah menipu isteri Along Cham.

Konflik tersebut membuatkan Along Cham telah mengejutkan ramai pihak apabila dia menfailkan cerai  taklik ke atas Feena.