Anda memiliki cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi dan yakin suara anda merdu? Apa kata anda sertai uji bakat yang dianjurkan oleh Alternate Records & Talents, label rakaman di bawah naungan Media Prima Berhad.

Alternate Records & Talents mencari bakat baharu bagi kumpulan wanita dan uji bakat istimewa ini akan dijalankan secara atas talian bermula 27 Februari hingga 8 Mac 2024.

Baca Juga:

Jika anda berjaya terpilih, anda berpeluang untuk mencipta lagu, merakam video muzik, dan melakukan promosi setanding antarabangsa. Penyertaan ini terbuka kepada wanita berusia 18 hingga 25 tahun sahaja yang mempunyai bakat dalam nyanyian dan tarian.

Untuk menyertai uji bakat ini, anda hanya perlu memuat naik video persembahan nyanyian dan tarian yang tidak melebihi 3 minit di paparan Instagram atau Tik tok anda.

Pastikan anda tag laman rasmi media sosial Instagram @alternate.my_ atau Tik Tok @alternate.rt_ serta hantar video tersebut menerusi peti mesej selewat-lewatnya pada 8 Mac 2024.

Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. Selamat mencuba!