Seorang wanita Indonesia berkongsi pendapat peribadinya di mana negaranya boleh jadi lebih baik daripada sekarang sekiranya dapat ditadbir baik seperti negera Malaysia.

Menerusi perkongsian video, wanita itu memuji pentadbiran Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca Juga:

Dia nampak beberapa perubahan baik yang telah dibuat untuk manfaat rakyat Malaysia. Lebih lagi pengumuman istimewa yang diumumkan baru-baru ini.

Antaranya perkara yang diutarakan wanita itu adalah harga minyak yang murah, nilai kadar gaji minimum yang tinggi, kadar tol tidak dinaikkan dan diskaun 30 peratus barangan keperluan.

“Semua ini boleh dicapai dengan adanya kepimpinan yang jujur dan bijak; iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata wanita itu.

Dia juga menjelaskan Perdana Menteri Malaysia berjaya menurunkan inflasi, menaikkan peluang pekerjaan dan kurangkan kadar penggangguran.

“Ingat ya, ini bukan untuk membanding-banding. Tapi ambil yang bagus dan belajar daripada kesalahan.

“Semoga Indonesia menjadi lebih sejahtera dengan meniru negara-negara jiran yang berjaya seperti Malaysia,” kata wanita itu.