Semasa pengumuman khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, beliau menyatakan semua rakyat Malaysia kini boleh menikmati harga RON 95 lebih murah.
Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung di halaman Facebook, beliau berkata langkah ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta pengguna kereta dan motosikal, termasuk ‘golongan belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig’.
Subsidi bersasar bagi petrol RON95 akan menyaksikan harganya diturunkan kepada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia yang layak.
Jelasnya lagi Kerajaan akan mengekalkan rancangannya untuk subsidi RON95 secara bersasar, dengan butiran lanjut akan diumumkan sebelum akhir September 2025.
Anwar berkata pengurangan ini adalah hasil langsung daripada dasar subsidi bersasar kerajaan, yang bertujuan memastikan subsidi disalurkan secara efisien kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.
Harga bahan api yang disemak semula ini dijangka dapat meringankan beban kewangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Anwar Ibrahim turut kongsi beberapa berita baik lain
Terima kasih PMX @anwaribrahim
Pengumuman luar jangkaan. Satu penghargaan untuk rakyat:
1. Setiap rakyat Malaysia 18 tahun keatas dapat RM100
2. Harga petrol TURUN RM1.99
3. Harga Tol tak naik
4. Tarikh 15 September (Isnin) cuti
5. Jualan Rahmah MADANI bertambah pic.twitter.com/w05vcXKcqm
— Adam Yusuf (@adamyusuf88) July 23, 2025
Selain mengumumkan penurunan harga RON95, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 one-off yang akan diberikan menerusi MyKad.
Pemberian itu akan dibuat mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025. Rakyat Malaysia boleh menggunakannya untuk membeli barangan asas di di 4,100 kedai.
Pada 15 September, Isnin pula, kerajaan memberikan hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia.
Bagi memperbanyakkan jualan Rahmah MADANI, peruntukkan ditingkat sebanyak RM600 juta untuk pelbagai jenis barangan keperluan harian dan memperluaskan lokasi yang meliputi kesemua 600 DUN.
Selain itu juga tiada kenaikkan kadar tol di 10 lebuh raya di mana pihak kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta.
Seramai 85% pengguna menikmati penurunan bil elektrik, sehingga 14% lebih rendah hasil penstrukturan tarif elektrik.