Aplikasi mudah alih daripada syarikat petrol tempatan, Setel mengumumkan pengesahan MyKad untuk mendapatkan inisiatif BUDI95 boleh dibuat menerusi aplikasi mereka.
Menerusi hantaran media sosial mereka, pengesahan akaun Setel dengan menggunakan MyKad bukan sahaja melayakkan pengguna mendapat BUD95, bahkan pengguna boleh dapat pelbagai ganjaran lain.
Baca Juga:
- Mudah & Lebih Cepat, Pak Cik Shell Tunjuk Cara Pengesahan MyKad Di Terminal Pam Minyak

- PMX Umum Harga Petrol Baharu RM1.99 Bermula 30 September

- Rakyat Indonesia Cemburu Dengan Harga Petrol Malaysia, ‘Kamu Bertuah, Tak Macam Kami’

- Macam Tebus SARA, Adakah Ini Cara Beli Petrol RON 95 Subsidi Bersasar Nanti?

Antaranya adalah pengguna akaun Setel yang telah disahkan dapat baki dompet Setel dinaikkan RM5,000, had transaksi tunggal lebih tinggi, guna DuitNow dengan kad bank, tambah nilai dompet Setel automatik, bayar kepada kod QR DuitNow peribadi dan pelbagai lagi.
MALAYSIA π²πΎ
Sahkan akaun Setel anda sekarang (sekali sahaja!) untuk BUDI MADANI RON95!
Tak perlu guna MyKad setiap kali masa nak isi nanti π
Ya betul tu, anda boleh dapatkan BUDI95 dengan aplikasi Setel pada 30 September 2025! Ikut panduan di atas untuk sahkan akaun anda⦠pic.twitter.com/L6yYuZWLNX
— Setel (@setel) September 22, 2025
Tiga langkah mudah pengesahan MyKad di Setel
1. Isi maklumat kad pengenalan
Pilih jenis dan isikan butiran kad pengenalan peribadi

2. Tangkap gambar kad pengenalan
Gambar depan & belakang kad pengenalan tersebut perlu ditangkap dengan jelas

3. Tangkap gambar selfie
Gambar selfie akan ditangkap menggunakan format video, di mana pengguna perlu memaling muka ke kiri dan kanan.

Tips: Ketiga-tiga proses perlu dibuat di kawasan yang mempunyai cahaya yang baik supaya kualiti setiap gambar yang dihantar jelas dan memudahkan untuk pengesahan.
Selepas pengesahan berjaya, satu mesej akan dihantar ke dalam inbox aplikasi Setel anda.
