Jika sebelum ini jenama Dior ini dipuji ramai kerana membela nasib Johnny Depp, kini tidak lagi selepas didapati mendokong negara Israel. Jadi, ramai pilih untuk memboikot jenama-jenama terkemuka yang berpaksikan Pro-Israel.

Terbaharu, pempengaruh media sosial yang juga bergelar adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan dikecam netizen kerana dengan bangga menayang serta mempromosikan produk kosmetik pro-Israel, Dior menerusi Instagram miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi hantaran yang dimuat naik olehnya, beliau mempamerkan koleksi terbaharu daripada Dior Beauty merangkumi beberapa alat solek seperti gincu bibir, pembayang mata, bedak serta minyak wangi.

Perkongsian Ameera Khan itu telah menyebabkan pengikutnya kecewa dengan tindakannya dan dan menganggap beliau seolah-olah tidak peduli berhubung isu yang berlaku di bumi Palestin.

Malah, ada juga yang beranggapan Ameera tidak sensitif pada saat seluruh rakyat Malaysia mula melancarkan serangan memboikot produk yang ada kaitan dengan rejim Zionis tersebut.

“Tolong hentikan kolaborasi bersama produk Israel”, ujar salah seorang pengguna IG.

“Anda tidak boleh menyokong Palestin dan produk Israel dalam masa yang sama. Anda boleh lakukan lebih baik,” ”luah seorang pengguna lain di hantaran IG itu.

“Sekarang bukan masanya. Tolong jadi sensitif sikit,” tegur seorang pengguna Instagram.

“Saya peminat awak Ameera. Tapi apa yang sudah awak lakukan? Dengan menyokong Israel,”kata seorang lagi pengikutnya

Pada ketika ini, ruangan komen telah pun dihadkan pada hantaran tersebut. Majoritinya tidak bersetuju dengan penggunaan produk Dior lebih-lebih lagi selepas mereka memecat duta utama iaitu Bella Hadid yang lantang bersuara mengenai nasib penduduk Palestin lalu memperkenalkan May Tage yang berkelahiran Israel.

Sumber