Memang tidak dinafikan setiap manusia telah ditetapkan rezekinya. Bagaimanapun, ada segelintir individu yang sanggup mengambil hak orang lain hanya kerana tamak dengan wang.

Baru-baru ini timbul kisah seorang selebriti popular tanah air ini yang dikatakan suka mencantas tawaran kerja penyanyi lain untuk digantikan dengannya.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Cats FM

Perkara itu didedahkan oleh penyanyi Amir Jahari berdasarkan pengalamannya sendiri di mana beberapa persembahannya dibatalkan.

Walau bagaimanpun, Amir Jahari enggan mendedahkan nama artis tersebut, namun, dia menjelaskan bahawa artis tersebut mempunyai pengaruh besar dalam industri hiburan dan ia memudahkan artis tersebut mencantas kerja penyanyi lain di saat akhir.

Tegasnya lagi, perbuatan kejam artis tersebut sudah lama berlaku kepadanya sejak lagu Tanpamu nyanyiannya itu diterbitkan dahulu.

“Saya dapat tawaran menjayakan persembahan dan penganjur memang mahu saya nyanyi. Tapi kerana artis B ini tahu saya akan buat persembahan dan dia kenal klien program, persembahan saya dibatalkan saat akhir untuk digantikan dengannya.”

Sumber melaporkan bahawa bukan sahaja sailang job, ada juga pihak yang tidak hargai usahanya mendidik dan menggilap bakat penyanyi muda.

“Saya pernah asah bakat seorang artis ni. Saya jumpa dia dulu, cuma saya tak pernah cakap dia artis rakaman kerana saya tiada syarikat label.”

“Tapi kemudian ada satu label rakaman ambil artis ini dan buat pengakuan kononnya mereka yang jumpa artis ini dahulu,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Amir Jahari mendedahkan bukan sahaja rakan artis, beliau sendiri juga pernah melalui isu hak komposer dan penulis lirik.

Bagi beliau, walaupun sudah berjuang dengan bersungguh-sungguh pun belum tentu berhasil dalam hal terbabit. Jadi, Amir Jahari pilih untuk halalkan sahaja untuk tidak memanjang cerita yang tidak berkesudahan.

Sumber