Amy Search membuat laporan polis terhadap Shila Amzah. Ianya berikutan kontroversi yang berlaku baru baru ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh peguam Amy Search, Datuk M Reza yang turut menemani anak guamannya membuat laporan polis.
Shila Amzah dakwa diserang legenda
Sebelum ini Shila Amzah telah mendakwa Amy Search sebagai individu yang dia gelar ‘legenda’ yang menyerangnya baru baru ini.
Shila Amzah awalnya tidak mahu menyebut nama legenda yang dia maksudkan. Namun spekulasi mulai timbul sama ada legenda yang dimaksudkan itu adalah Ella atau Awie Wings.
Tidak lama selepas itu, Awie menafikan dia menyerang Shila Amzah dan meminta Amy Search ceritakan hal sebenar.
Dituduh Serang Shilla Amzah, Awie Suruh Amy Search Bertanggungjawab Cerita Hal Sebenar
Kemudian Shila Amzah mengesahkan bahawa individu itu ialah Amy Search dengan menyebutnya sebagai ayah kepada Nabila Huda.
Insiden itu berlaku pada 10 Julai 2025 yang lalu, ketika Shila sedang melakukan latihan sebelum persembahan.
Amy Search pula buat laporan polis
Menurut Polis Kuala Lumpur, Amy Search dikatakan bengang kerana Shila Amzah menyibuk mencampuri urusan keluarganya.
Shila Amzah kemudian membuat laporan polis terhadap Amy Search berkenaan perkara itu.
Penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search dan isteri Datin Nor Hasniza Hassan dilihat hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. pic.twitter.com/aWw2yzPRsu
— OH MY MEDIA (@ohmymediacc) July 16, 2025
Dan hari ini, Harian Metro melaporkan Amy Search membuat laporan polis terhadap Shila Amzah.
Menurut Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal, laporan polis dibuat Amy Search itu lebih kepada ‘covering report’ dan penafian terhadap tuduhan dibuat ke atasnya.