Amyza Aznan kini berharap agar ada keajaiban buat mereka sekeluarga selepas diberitahu agar mereka bersedia dengan sebarang kemungkinan melibatkan anaknya, Andre Mikhael.

Andre Mikhael sudah dibawa pulang ke rumah oleh mereka sekeluarga. Ini selepas Amyza Aznan memutuskan untuk mengeluarkan anak sulungnya itu daripada Hospital Kuala Lumpur.

Andre Mikhael mengidap kanser paru paru, dan kini masih berada dalam keadaan tidak bermaya selepas rawatan di HKL.

Amyza sebelum itu meminta seluruh rakyat Malaysia memanjatkan doa buat anaknya.

“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia.

Saya ibu kepada Andre Mikhail, sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai, tolong ikhtiarkan dengan apa sahaja perubatan yang mungkin. Tolong!

Doktor suruh family standby. Ya Allah, tolonglah kepada sesiapa yang bijak, pandai dan hebat dalam bidang selain hospital. Tolong saya malam ini,” kata Amyza di IG.

Seterusnya Amyza Aznan mendedahkan bahawa pihak doktor yang merawat Andre Mikhail sudah meminta agar mereka sekeluarga bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.

“Doktor suruh keluarga bersedia (standby).

“Ya Allah, tolonglah. Kepada sesiapa yang bijak, pandai dan hebat dalam bidang selain hospital, tolong saya malam ini.”

Amyza
Foto: mStar

Kini Amyza Aznan sekeluarga benar benar mengharapkan ada keajaiban agar Adam Mikhail kembali sembuh dan agak hiba dengan ‘harapan palsu’ selama setahun ini.

Diminta Bersedia Dengan Kemungkinan, Amyza Aznan Harapkan Keajaiban Untuk Anaknya
Foto: mStar