Pelakon drama terkenal Amyza Aznan sekali lagi berdepan ujian sukar di bulan ramadan. Kali ini anak keduanya pula disahkan mengidap kanser.
Ramadan tahun lalu anaknya, Andre Mikhail disahkan mengidap kanser paru paru, pada ramadan tahun ini pula, anak keduanya, Adrian pula disahkan mengidap kanser tulang.
Amyza Aznan berkata menerusi ruangan IG: “Hari ini, pada ramadan pertama di bulan Februari, yang juga bulan kelahiran anak anak saya, sama seperti yang berlaku tahun lalu, anak saya Andre Mikhail disahkan mengidap kanser paru paru.
“Tahun ini, bulan ramadan dan Februari juga bulan kelahiran anak saya iaitu Adrian Adam, dia pula disahkan mengidap kanser tulang.”
Amyza akui sebagai seorang manusia dan seorang ibu, dia benar benar sukar untuk menyatakan perasaannya yang bercampur baur dan sukar untuk meluahkannya.
Dipetik daripada ruangan IG Amyza, dia menulis: “Assalamualaikum. Saya tidak tahu ayat apa yang harus saya mulakan.
“Selepas hampir 3 minggu menjalani pemeriksaan, anak saya Andre Mikhail didiagnosis ada kanser paru-paru tahap 3.
“Air dari paru-paru dah masuk ke jantung. Paru-paru sebelah kanan dah collapse.
“Ketika dimasukkan ke Unit Rawaan Rapi untuk prosedur perubatan, dia sangat tenang, mata yang tenang. Dan semua jururawat pun cakap dia sangat kuat. Allah.”
“Saya merayu agar tummpangkanlah doa daripada semua untuk keajaiban dan kesembuhan anak soleh saya Andre Mikhail.”
Dalam perkembangan lain melibatkan Adam Mikhail, menurut laporan oleh Melodi TV: “Pelakon Amyza Aznan memaklumkan prosedur mengeluarkan cecair di paru-paru anaknya tidak dapat dijalankan selepas imbasan ultra bunyi mendapati punca sebenar sesak nafas adalah tumor yang semakin membesar.
“Menurut doktor, keadaan itu menyebabkan paru-paru kanan anaknya ‘collapse’ dan kini mereka sedang menunggu giliran untuk menjalani ujian MRI bagi rawatan lanjut.
“Marilah kita sama-sama mendoakan agar anak beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya dan segala urusan dipermudahkan, lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh keberkatan ini.”