Baru-baru ini media antarabangsa melaporkan anak Ben Affleck, Samuel Garner Affleck telah membuat ‘onar’ semasa bersama ahli keluarganya ketika pergi ke sebuah kedai kereta sewa mewah di Beverly Hills.

Semasa Ben dan isterinya, Jenifer Lopez sedang melihat pelbagai kereta mewah yang ada di 777 Exotics, Ben telah membenarkan Samuel masuk ke tempat duduk pemandu Lamborghini Urus berwarna kuning.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak pasti siapakah yang menghidupkan enjin kereta, Samuel atau orang lain, kanak-kanak berusia 10 tahun itu telah menukar ke gear reverse, lalu melanggar sebuah SUV BMW putih yang berada di belakangnya.

Sumber Gambar: TMZ

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Daripada video yang tular itu, kelihatan bampar belakang pada bahagian penumpang Lamborghini itu telah bersentuhan dengan roda hadapan BMW dan sisi hadapan kereta terbabit.

Sejurus pelanggaran itu berlaku, Samuel segera turun daripada SSUV kuning dan melihat keadaan kedua-dua buah kenderaan terbabit.

“Tiada sebarang kerosakan dan semuanya orang okay,” kata wakil Ben kepada TMZ. Semoga kita ambil pengajaran dan jangan terlalu ‘percaya’ dengan anak dan meninggalkan mereka keseorangan di dalam kereta.

Sebelum ini pemandu Cristiano Ronaldo dilaporkan telah hilang kawalan, lalu menyebabkan kemalangan Bugatti Veyron miliknya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Bugatti Milik Cristiano Ronaldo Bernilai Hampir RM10 Juta Terlibat Kemalangan Sewaktu Percutiannya

Baru Sahaja Kemalangan Melibatkan Lamborghini, Penyanyi Ini Masih Boleh ‘Joget’ Dalam Hujan

Mahu Tunjuk Handal Dengan ‘Kereta Pinjam’, Pasangan Pengantin Hancurkan Lamborghini Rakannya

Sumber