Setelah sebulan berpuasa, hari ini kita secara rasminya menyambut  Hari Raya Aidilfitri. Siapa sangka fatwa sambutan Hari Raya negara kita diguna pakai oleh negara lain juga?

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok berkongsi mengenai Persatuan Muslim Jepun yang menjadikan fatwa Malaysia sebagai panduan untuk menentukan Hari Raya di negara berkenaan.

Baca Juga:

Menerusi hebahan digitalnya, Persatuan Muslim di Jepun mendedahkan bahawa mereka tidak dapat mengesan anak bulan di sana.

Dalam kes sedemikian, keputusan Malaysia, sebuah negara Islam yang paling hampir mengeluarkan fatwa berdasarkan yang disyor undang-undang.

Sumber Gambar: x muslim taro

Jadi, mereka mengambil fatwa Malaysia sebagai panduan untuk mengesahkan hari Rabu (10 April) adalah hari pertama Syawal. Perkara ini turut dipersetujui oleh Majlis Fatwa Ulama dalam menentukan tarikh sebenar hari Syawal untuk umat Islam di sana.

Menjengah ke ruangan komen, para netizen tempatan meluahkan rasa bangga kerana pengumuman atau fatwa Malaysia dipercayai dan menjadi panduan di peringkat dunia.

“Alhamdulillah, Malaysia dah jadi rujukan orang Islam dari negara lain,” luah seorang netizen.

“Haritu pasal rendang, ini raya pula. Jepun dan Malaysia memang macam adik beradik sebenar,” kongsi seorang netizen lain.

“Sebab Malaysia sistem pengurusan hal ehwal Islam sangat sistematik dan cemerlang, sebab tu Jepun ikut kita,” komen seorang pengguna berhubung sistem pengurusan hal ehwal Islam Malaysia yang disegani ramai.

Ramai juga mengatakan Malaysia memang cukup dikenali sebagai negara Islam yang mematuhi ajaran agama dengan penuh tertib. Malah, ada yang berkongsi yang kerajaan Korea Selatan turut mengikuti fatwa yang dikeluarkan dari Malaysia dalam hal agama.

Sumber