Anak Cristiano Ronaldo telah dipanggil untuk menjalani latihan pusat bersama skuad Portugal Bawah 15 tahun (B-15) buat pertama kalinya.

Berusia 14 tahun, Cristiano Jr merupakan pemain utama skuad remaja Al-Nassr, sama seperti bapanya yang memainkan peranan penting buat pasukan dari Arab Saudi itu.

Baca Juga:

Sebelum ini, dos Santos turut beraksi bersama pasukan yang disertai Ronaldo seperti Manchester United dan Juventus.

Anak Cristiano
Soccer Football – Saudi Pro League – Al Nassr v Al Fateh – Al-Awwal Park, Riyadh, Saudi Arabia – February 17, 2024 Cristiano Ronaldo Jr is seen before the match REUTERS/Yazeed Aldhawaihi/File Photo

Anak Cristiano Ronaldo Miliki Sentuhan Berbisa

Laporan BBC menyebut anak Cristiano itu berjaya meledakkan 58 gol dalam satu musim ketika menyarung jersi Juventus dan turut pernah bergandingan bersama anak Wayne Rooney, Kai ketika bapanya kembali semula ke Old Trafford.

Menurut sumber laporan The Athletic, Portugal B-15 akan terbang ke Croatia untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa Vlatko Markovic.

Kejohanan yang bakal berlangsung pada 13 hingga 18 Mei itu menyaksikan Portugal akan berhadapan dengan Jepun, Greece, England dan satu lagi negara.

Anak Cristiano
Asian Champions League – Group B – Al Nassr v Al Rayyan
Soccer Football – Asian Champions League – Group B – Al Nassr v Al Rayyan – Al-Awwal Park, Riyadh, Saudi Arabia – September 30, 2024 Al Nassr’s Cristiano Ronaldo celebrates scoring their second goal REUTERS/Hamad I Mohammed/File Photo

Ronaldo yang berusia 40 tahun sebelum ini pernah mengakui mahu beraksi bersama anaknya dalam satu pasukan sebelum mengambil keputusan untuk bersara.

“Saya ingin bermain dengan anak saya yang berusia 14 tahun, tetapi kita akan lihat, ia lebih bergantung kepada saya berbanding dia.”

Sumber