Pengurus Tijuana membawa isu anak jati lawan anak warisan dalam sidang medianya selepas pasukannya dibelasah Guadalajara 5-2.

Bekas pemain Uruguay, Sebastian Abreu mengeaskan bahawa, pasukannya rata rata menurunkan anak jati Mexico untuk beraksi.

Sedangkan Gauadalajara sarat dengan pemain berdarah kacukan atau warisan Amerika-Mexico.

Dalam sidang media Abreu berkata: “Ya kami kalah. Tapi kami menurunkan pemain pemain muda. Kami kalah dengan pemain pemain muda kami.

“Kami menurunkan lebih ramai anak jadi Mexico dalam perlawanan ini, pemain Mexico-Mexico.

“Sedangkan lawan kami turunkan pemain peman Amerika-Mexico. Itulah senarionya.”

Ini adalah kekalahan pertama Tijuana dalam kempen Liga MX selepas 5 perlawanan.

Sementara Chivas Guadalajara berjaya memintas Tijuana dalam carta liga dengan kemenangan penting itu.

Ini bukan pertama kali Abreu mengkritik tentang faktor luaran yang menyebabkan kekalahan pasukannya.

Sebelum ini dia mengecam format pertandingan Piala Liga yang dianggap tidak adil. Ini kerana kebanyakan perlawanan pusingan awal diadakan di gelanggang pasukan MLS.

Menurut Abreu, situasi itu jelas memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah, manakala kelab Liga MX terpaksa berdepan perjalanan, perubahan jadual dan rutin yang berbeza.

“Jelas sekali ia satu kelemahan. Tak perlu jadi Einstein untuk menyedarinya. Pasukan tuan rumah menunggu anda di tempat mereka sendiri, dengan katil, makanan dan jadual mereka sendiri. Sudah tentu ia memberi kesan secara fizikal,” kata Abreu kepada Bolavip.