Berita pengurangan hukuman ke atas Najib Razak telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia, antaranya ialah anak perempuan Najib sendiri, Nooryana Najib.

Melalui Instagram miliknya, beliau meluahkan perasaan kecewanya dengan keputusan Lembaga Pengampunan dengan berkata walaupun dia bersyukur dengan pengurangan hukuman, tetapi dia tetap “kecewa” dengan keputusan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Walaupun kami menghargai pengurangan hukuman daripada 12 tahun kepada 6 tahun yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan setelah pertimbangan pendapat dan nasihat, kami berasa kecewa kerana Dato’ Sri Najib Razak tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.

“Dato’ Sri Najib Razak dan keluarga kekal dengan pendirian dan yakin beliau tidak bersalah.

“Mereka yang mengikuti kes SRC secara dekat sudah tentunya tahu dan bersetuju dengan penghakiman oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak tahun lepas bahawa ketidakadilan yang besar telah berlaku ke atas Dato’ Sri Najib dan keputusan yang betul ialah “beliau wajar dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Najib dijatuhkan hukuman penjara dan denda selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana menyalahgunakan dana SRC International.

Berikutan pengumuman Lembaga Pengampunan, dia kini telah menerima pengurangan hukuman, di mana dia dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 dan denda turut dikurangkan kepada RM50 juta.