Dunia yang kita diami buat sementara waktu ini bukan sahaja menjadi tempat tinggal makhluk yang boleh dinampak, bahkan ia menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Baru-baru ini tular dua video rakaman CCTV di mana pemilik rumah terkejut apabila mendapati berlaku kejadian paranormal semasa meninggalkan rumah pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi dua video yang dimuat naik Twitter @terbang.md terdapat dua aktiviti paranormal berlaku pada almari-almari yang ada di dalam rumah tersebut.

Pertama, kepala anak patung yang berada di dalam almari di ruang tamu tiba-tiba berpusing menoleh ke arah kanan dengan sendirinya, seolah-olah memandang ke arah kamera CCTV.

Kedua, terdapat satu kelibat hitam muncul pada cermin kabinet almari yang berada di kawasan ruang makan. Rupa paras entiti itu seperti seorang wanita berambut panjang.

Tambah ciapan @terbang.md lagi, anak patung yang bergerak itu hilang daripada almari semasa mencarinya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai berasa seram dan naik bulu roma apabila melihat kedua-dua video tersebut.

Anda boleh reaksi-reaksi yang dikongsikan netizen di bawah. Ada yang pernah terkena situasi paranormal seperti ini lebih-lebih lagi melibatkan anak patung.

https://twitter.com/ajkhldsh/status/1677098361655263232?s=20