Anak perempuan bos kartel dadah terbesar di Mexico, Joaquin “El Chapo” Guzman dan pengikutnya yang masih aktif turun padang bagi mengedarkan kotak bantuan kepada orang miskin yang terkesan akibat wabak COVID-19.
Satu video dimuat naik di Facebook menunjukkan anak perempuan Guzman, Alejandrina, memberi sebuah kotak kadbod yang mengandungi wajah ayahnya, bekas bos kartel Sinaloa yang kini ditahan dengan keselamatan maksimum di Penjara AS.
Minyak, gula, beras dan barang-barang lain dimasukkan ke dalam kotak tersebut yang dinamakan ‘Chapo Aid’. Ia diedarkan di kota kedua terbesar di Mexico, Guadalajara, lapor Reuters.
Alejandrina menggunakan nama El Chapo 701, sebuah syarikat pakaian dan minuman alkohol yang diasaskan oleh Alejandrina. Di dalam video tersebut juga kelihatan beberapa ahli pengikut kartel sinaloa yang masih aktif turut sama memberi bantuan kepada penduduk tempatan.
Walaupun terkenal dengan aktiviti kejam, termasuk memenggal kepala dan menyeksa mangsa, kartel ini juga mempunyai sejarah membantu orang miskin di tempat mereka beroperasi.
Jenama El Chapo 701 diambil dari senarai Forbes yang dikeluarkan pada tahun 2009, di mana meletakkan El Chapo sebagai orang ke-701 terkaya di dunia. Forbes menganggarkan kekayaan bersihnya adalah AS $ 1 bilion (RM19 bilion).
Untuk bacaan lanjut mengenai El Chapo, klik pautan di bawah untuk membaca.
Lebih 150 Das Tembakan Dilepaskan, Pegawai Polis Yang Menahan Anak El Chapo Mati Dibunuh
Kesalahan Rasuah Dan Dadah, Amerika Syarikat Tawar 15 Juta Untuk ‘Kepala’ Presiden Venezuela