Anak bujang Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr akhirnya memiliki keretanya sendiri.

Cristiano Ronaldo dikenali sebagai pencinta kereta mewah, dan hobi itu nampaknya diwarisi putera sulungnya.

Baru berusia 15 tahun, anak sulung Cristiano Ronaldo, sudah memiliki kereta pertamanya. Dia mendedahkannya melalui akaun Instagram miliknya.

Ia bukanlah model biasa biasa, tetapi Lamborghini Urus S. Walaupun model terbaru 2025 sudah dijual, namun Cristiano Jr selesa dengan model keluaran 2024 yang harganya lebih murah.

Di mana harganya bernilai sekitar RM1.36 juta untuk pasaran di Dubai – lapor Marca.

Enjinnya adalah letupan kuasa — dikuasakan oleh enjin V8 turbo dengan 650 kuasa kuda (hp). Ia mampu memecut 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.5 saat, dan boleh mencapai kelajuan maksimum 305 km/j.

Walaupun ianya agak terlalu laju untuk seorang remaja, sebenarnya, Cristiano Jr ketika ini masih perlu duduk di tempat duduk penumpang. Kerana di Arab Saudi, usia minimum untuk memiliki lesen memandu adalah 18 tahun.

Namun, dia boleh mula memandunya pada usia 17 tahun dengan lesen pembelajaran sementara dan di bawah pengawasan orang dewasa.

Tetapi apa yang menarik, dalam gambar tersebut, bukan kereta itu benda paling mahal.

Ini kerana perkara yang paling mahal dalam gambar itu adalah nombor plat pendaftaran Dubai A.

Sebelum ini dalam satu majlis lelongan, plat Dubai DD 5 mencecah USD35 juta atau sekitar RM166.25 juta.

Bermakna plat Dubai A dijangka pasti jauh lebih mahal daripada itu.

Di Dubai, perebutan untuk mendapatkan nombor plat unik dan eksklusif adalah perkara yang sangat besar di sana. Majlis lelongannya dikendalikan oleh firma lelongan kelas A kerana nilainya sangat besar.