Anak saudara Sultan Pahang, Tengku Eddie Akasya Tengku Abdul Rahman, 20, dan empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan secara bersama mencederakan seorang lelaki dengan pisau, lapor Buletin TV3.

Tertuduh lain ialah Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Taufiq Daud, 32, Khairul Azhar Rosli, 38, dan seorang anggota polis Mohd Fouzi Md Nur, 44.

Baca Juga:

Bagaimanapun semua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Mengikut fakta pertuduhan kerabat Pahang serta semua tertuduh secara bersama melakukan kesalahan itu di kawasan lot bangsal kuda, di Jalan Teluk Sisek di sini, pada jam 12:20 tengah malam, 6 Jun lalu.

Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan paha kanan Alias Awang, 44, dengan pisau.

Pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwa Pahang, Shahrizat Ismail mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan Keseksaan dan dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan sebatan serta denda.

Memetik laporan itu lagi, semua tertuduh masing-masing diwakili peguam mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dan dibebaskan dengan jaminan RM7,000 setiap seorang serta syarat tambahan melapor diri di balai polis sebulan sekali sehingga kes selesai dan tidak menganggu saksi.

Mahkamah menetapkan 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Sumber