Tidak habis dengan kontroversi yang kononnya bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, dibawa lari oleh isterinya dari hospital.
Kini timbul pula drama terbaharu apabila anak tirinya dikatakan bersikap sombong dan tidak menjaga sensitiviti apabila makan burger sambil mencuci mulutnya dengan duit.
Baca Juga:
- Drama Rumah Tangga Taib Mahmud, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
- Pandora Papers Dakwa 10 Rakyat Malaysia Simpan Kekayaan Di Luar Negara, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Dalam sebuah video yang tular, kelihatan Nizar Mahmoud Madi, anak tiri Taib Mahmud hasil daripada perkahwinan dengan Raghad Kurdi merakam video beliau sedang memakan burger.
Reminder that Taib Mahmud's "bumiputera Melanau" stepson (Raghad's son) ate a burger on TikTok & wiped his mouth obnoxiously with cash that probably belongs to the people of Sarawak. 🤮 (Video credit: Sarawak Report) https://t.co/VohGV794vV pic.twitter.com/NdSR3Gs61X
— Annoyed Malaysian 🇲🇾 (@annoyedmsian) February 6, 2024
Kandungan itu pada mulanya tiada masalah, tetapi menjadi kontroversi apabila beliau mencuci mulutnya dengan duit.
Tidak pasti bila video itu dimuat naik, namun hasil carian The Vocket di laman TikTok menunjukkan bahawa akaun Nizar_SWK sudah dipadam.
Video itu telah mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan kebanyakan mereka berang dengan tindakan anak tiri Taib Mahmud.
Sebahagian pula mempersoalkan Nizar adakah beliau tahu bahawa duit yang beliau sedang ‘enjoy’ itu adalah milik rakyat Sarawak.
The Melanau community must be watching this and thinking….
— Annoyed Sabahan (@borneoaman) February 6, 2024
Walaupun aku bukan org sarawak, tapi sakit hati matt. Teringat budak sekolah redah hutan, lecak, lumpur.
— 🐈⬛ (@ryu715444) February 6, 2024
Netizen need to find out more about this SYRIAN ARAB (not malaysian, definitely not Melanau) fella and his wicked scheme mother.
Its time.
— LaPoca (@LaPoca3) February 6, 2024
Wah wah perangai. Orang camni, tarik passport dulu. Kasi settle, baru hantar balik negara asal lah.
Masa ada duit, kemain bongkak. Cuba dah susah, meraih simpati kau.
— Karimah. (@karimahamshah) February 6, 2024