Liverpool mendapatkan Alexander Isak dari Newcastle, selepas mereka mendapatkan Hugo Ekitike pada awal jendela perpindahan.
Perebutan posisi no.9
Isak dan Ekitike pastinya akan berebut posisi nombor 9. Adakah mereka gembira dengan persaingan? Itu tidak pasti. Sama sama kita tunggu dan lihat.
Apa yang pasti Isak adalah pemain yang sudah membuktikan kualiti dirinya sebagai penyerang utama di barisan hadapan.
Ekitike merupakan pemain yang boleh menjadi ‘back up’ di dua posisi iaitu posisi nombor 9 dan juga sayap kiri.
Ketebalan skuad (squad depth)
Arne Slot menggariskan sebelum ini bahawa, Liverpool perlukan seorang lagi penyerang selepas mereka mendapatkan Ekitike.
Ini kerana kelab itu sudah kehilangan Diogo Jota yang terlibat nahas, kemudian pemergian Darwin Nunez.

Isak adalah sasaran utama Liverpool dari awal. Namun mereka kemudian mendapatkan Ekitike terlebih dahulu kerana pemain itu tersedia di pasaran perpindahan.
Isak adalah ancaman langsung kepada pertahanan lawan
Alexander Isak memiliki keupayaan untuk mencetuskan ancaman langsung kepada lawan apabila bola berada di kakinya. Dia bukan sahaja melakukan ancaman kepada gawang dengan mencetak gol, dia turut melakukan ancaman dengan kreativitinya.
Alexander Isak's Premier League record across his 86 appearances:
◉ 471 touches in opp. box
◉ 228 shots
◉ 114 shots on target
◉ 85 chances created
◉ 54 goals
◉ 9 assistsAveraging a goal or assist every 104 minutes. ⏱️ pic.twitter.com/1qbgEB0V9F
— Squawka (@Squawka) September 1, 2025
Hal ini kerana dia seorang penggelecek yang sangat bagus, selain daripada seorang pemusnah di hadapan gol. Seterusnya, dia boleh melakukan ancaman dari dalam dan luar kotak penalti.

Isak memiliki mobiliti yang tinggi sebagai seorang no.9. Di mana dia suka bergerak ke sayap kiri atau kanan dalam peranan mirip roaming attacker.
Menjadikan Isak penyerang yang sangat sukar dijangka.

Sistem permainan Liverpool
Jika di Newcastle Isak lebih banyak turun ke bawah untuk terlibat dengan binaan dari bawah atau mencipta sendiri peluang dengan mengutip bola dari tengah dan melarikannya ke atas, di Liverpool dia akan mendapat lebih banyak sumber kreativiti.

Pemain seperti Mohamed Salah atau Cody Gakpo, mahupun Florian Wirtz serta Szoboszlai antara pemain yang sangat kreatif. Begitu juga dengan Frimpong.
Jadi, Isak mungkin akan lebih menikmati posisi no.9 dengan lebih lagi di kelab baharunya. Namun karakternya yang suka bergerak itu juga sebenarnya antara sebab Liverpool mahukan dia.
Cuma di sini, kami menyentuh isu kreativiti yang ada dalam skuad baharunya.
Across the 2023-24 and 2024-25 seasons, only Erling Haaland (39) scored more non-penalty goals in the Premier League than Alexander Isak (35).#LFC pic.twitter.com/TnV7wA50cq
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) September 1, 2025
Persiapan untuk menggantikan Salah
Usia Mohamed Salah semakin meningkat. Dan Liverpool sudah perlu mencari pengganti untuk mengambil alih tugas sebagai pencetak gol utama kelab itu.
Isak adalah pilihan terbaik pada masa ini. Sejak 2022/23, ini adalah 3 penjaring terbanyak dalam EPL. Dan kini Liverpool memiliki 2 daripadanya.
Most Premier League goals scored since 2022/23:
◎ 88 – Erling Haaland
◉ 67 – Mohamed Salah
◉ 54 – Alexander IsakLiverpool now have two of the top three. 🔴 https://t.co/6xbimdCmF1
— Squawka (@Squawka) September 1, 2025
Cuma kini, Isak memiliki rekod kecergasan yang agak merisaukan. Tetapi Liverpool sudah ada sandaran untuk perkara itu. Ya, Ekitike atau Gakpo!
Jadi, peminat Liverpool pastinya sudah tidak sabar untuk menantikan aksi Isak.
Alexander (the Great) Isak is a Liverpool player.
One of the best CF’s in world football. 72 goal contributions in 109 games for Newcastle United.
Superstar✨
— CounterPressers (@CounterPressers) August 31, 2025