Malaysia berhempas pulas untuk menang ke atas Repubilik Kyrgyz di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan ada isu jelas pada zonal marking.

Malaysia awalnya mendahului 1-0 kemudian ketinggalan 1-3 pada separuh masa pertama. Namun berjaya bangkit dan menang 4-3 pada separuh masa kedua.

Baca Juga:

Ini perkara yang kami gariskan

1. Kelemahan zonal marking terdedah

Kim Pan Gon dikenali sebagai jurulatih yang suka menekan lawannya dengan high pressing. Dan ketika proses ini cuba dilakukan, ianya memerlukan pemain memiliki kemampuan untuk berkawal secara zonal.

Secara asasnya, high pressing Malaysia dalam perlawanan ini tidak cantik. Kerana lawan sangat baik dalam melepasi blok tekanan itu. Setiap kali lawan melepasinya, kelemahan ruang di belakang bek sisi sangat terdedah.

Ini struktur zonal marking sebelum gol pertama terhasil. Bagaimana situasi dalam kotak penalti adalah 6 v 3 sepatutnya kelebihan buat Malaysia untuk memenangi bola kedua. Namun lihat ruang yang diberikan di depan garisan akhir pertahanan.

Pertahanan sisi Malaysia jelas tidak dipersiapkan dengan baik untuk mengawal flanker kiri lawan. Kerana dia jelas tidak tahu kekuatan utama pemain sayap lawan adalah cuba menukar ke kaki kanannya untuk melakukan percubaan berbanding hantaran lintang.

Di sini pemain diberikan ruang dan peluang untuk melakukan cut inside dan shot. Kemudian ruang di depan itu yang menjadi masalah kepada Malaysia. Walaupun ramai berkata, ruang tak boleh menjaringkan gol, namun secara teorinya, ruang adalah sumber kepada gol.

Matt Davies terus dimanipulasi oleh gerakan yang sama pada separuh masa kedua di mana pemain melakukan cut inside yang mencetuskan bahaya pada minit ke-46.

Gol ketiga juga berlaku daripada serangan sebelah kiri lawan. Dan ternyata ianya titik fokal serangan mereka yang tidak dikesan dan dimatikan dengan lebih agresif.

Perlindungan di zon 14 lawan amat lemah ketika high pressing diatasi.

Pada gol kedua, berlaku satu detik yang sangat menyedihkan. Di mana pemain pertahanan gagal memenangi bola pada fasa dia memutuskan untuk menyerang bola. Ianya prinsip sama dengan penjaga gol. Apabila pertahanan di garisan akhir pergi keluar menyerang bola mereka harus memenanginya.

Bak kata Maldini, prinsip bertahan, harus menghentikan sama ada pemain atau bola. Jika kedua duanya terlepas maka terhasillah gol kedua lawan. Harus diakui organisasi pertahanan ini memang tak cantik.

2. Ketajaman Malaysia

Malaysia menang kerana ketajaman yang luar biasa di hadapan gol. Sama ada menerusi bola mati atau permainan terbuka.

Perlawanan ini ibarat pertarungan pertahanan sapa lebih banyak kesilapan. Dan pemain penyerang harus menjadi penentu kepada siapa layak menang. Dan ianya Malaysia.

Ariff Aiman terlibat secara langsung dalam 3 assist dan secara tak langsung dalam 1 lagi gol Malaysia ketika hantarannya terbias dan masuk ke gawang sendiri lawan.

Prestasi Arif Aiman dan Dion Cools sangat luar biasa dalam perlawanan ini. Mereka menjelmakan magis yang diperlukan.

Selain itu, semangat melawan Harimau Malaya wajar dipuji. Jika semangat itu tiada, mustahil untuk bangkit dan menang 4-3. Fokus dan keinginan untuk menang itu adalah penting.

3. Perubahan di tengah

Kim Pan Gon mengetahui bahawa Malaysia kurang cengkaman di tengah. Dan dia menstabilkan bahagian itu dengan pertukaran pada separuh masa kedua terutama sekali Endrick dan Paulo Josue membantu dalam perkara ini.

Pada separuh masa kedua berlaku midfield rotation yang lebih baik.

Berbeza dengan Republik Kyrgyz, di mana pertukaran yang mereka lakukan tidak memberikan impak yang signifikan dalam perlawanan ini. Akhirnya jurulatih mereka sendiri mengakui masalah utama mereka adalah tidak memiliki kualiti lebih baik untuk menang perlawanan ini.

Rumusan

Ianya adalah hari di mana ketajaman di zon serangan menyelamatkan kelemahan pertahanan Malaysia terutamanya zonal marking. Isu pertahanan ini jelas akan menjadi topik utama dalam taklimat pasukan Kim Pan Gon pada sesi post mortem.

Malaysia pasti sedar, tidak setiap hari mereka boleh menang dengan pertahanan seperti ini. Namun masih lagi kredit harus diberikan kepada Malaysia secara keseluruhannya kerana kekal fokus untuk menang dan cuba mencari gol demi gol.