Matheus Cunha rasmi sertai Manchester United selepas rundingan mendapatkan pemain antarabangsa Brazil itu berlangsung sejak jendela perpindahan dibuka lagi.

Man United membayar £62.5 juta untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut dari Wolves. Dia setuju dengan kontrak sehingga 2031.

Berikut adalah penerangan ringkas tentang Matheus Cunha.

Latar belakang ringkas karier

Matheus Cunha hampir sama dengan pemain Brazil yang lain. Yang lahir dari gelanggang futsal atau bola jalanan.

Asalnya bakat Cunha dikesan di gelanggang futsal oleh kelab Brazil, Coritiba. Dan kemudian kelab Switzerland, Sion mendapatkan khidmatnya pada 2017, ketika dia masih berusia 18 tahun.

Analisis: Gaya Permainan & Peranan No.10 Baharu Manchester United, Matheus Cunha

Ketika awal kariernya, pemain remaja itu sempat meledak hatrik berdepan Thun. Membuatkan namanya terus diberikan perhatian di negara tersebut.

Dia kemudian menyertai RB Leipzig pada 2018. Dia mulai menjadi pencetak gol dan playmaker yang digeruni. Walaupun akksinya terhadi, namun namanya mulai meningkat naik kerana melakukan beberap siri gol yang cantik.

Pada 2020, dia menyertai Hertha Berlin  atas alasan mahukan lebih minit permainan. Di Hertha dia berjaya mencetak 12 gol dalam 39 penampilan. Membolehkan dia dipanggil skuad Olimpik Brazil dan menarik perhatian gergasi La Liga, Atletico.

Atletico membayar £27 juta untuk mendapatkan khidmatnya pada 2021. Dan dia menunjukkan ciri ciri pemain istimewa apabila menjaringkan gol pada debut menentang Levante.

Isu yang sama membelenggu Cunha iaitu dia mahukan lebih banyakk minit permainan kerana mahu menjadi pemain utama Selecao.

Bersama skuad Brazil B‑23, Cunha membantu negaranya memenangi emas Olimpik Tokyo 2020, dia menjaringkan 3 gol dalam kejohanan yang menyaksikan Richarlison menjadi watak utama.

Cunha sertai Manchester United

Selepas itu dia mulai menarik perhatian kelab EPL, Wolves yang menjanjikan dia tempat sebagai pemain utama secara automatik. Cunha menyertai Wolves secara pinjaman dan kemudian menjadi pembelian tetap dengan pakej keseluruhan £43 juta.

Ketika di Wolves dia mencetak 33 gol dan 15 assist dalam 92 penampilan. Musim 2024/25 menjadi musim terbaik Cunha setakat ini, dan dia menarik minat Manchester United.

Antara momen terbaik Cunha bersama Wolves adalah hatrik ke atas Chelsea. Dan dia menjadi pemain no.10 yang prolifik dengan 15 gol musim lalu.

Beberapa bulan lalu dia dengan terbuka menyatakan dia berminat menyertai kelab besar seperti Manchester United yang dia anggap terbaik di dunia. Akhirnya dia menyertai United dengan nilai perpindahan £62.5 juta, kontrak 5 tahun dengan pilihan lanjutan.

Cunha Mahu Sertai Manchester United, Kelab Terbesar Di Dunia

Dia akan memakai jersi No.10 di Old Trafford. Menggambarkan peranan yang akan dia galas di United.

Peranan dan gaya permainan

Matheus Cunha adalah no.10 Brazil yang lincah. Dia adalah perancang di belakang penyerang utama. Selain itu Cunha boleh bermain di mana mana posisi lain di serangan termasuk sayap kanan dan kiri serta false 9 sekalipun.

Namun 2 posisi terbaiknya adalah no.10 dan sayap kiri berdasarkan statistik semasa pemain itu.

Analisis: Gaya Permainan & Peranan No.10 Baharu Manchester United, Matheus Cunha

Gaya permainan Cunha adalah, dia pemain yang rajin dan sentiasa bekerja keras di atas padang. Dia bukan pemain yang  suka menunggu bola. Sebaliknya,  Matheus Cunha aktif terlibat dalam fasa bertahan atau pressing untuk memenangi bola.

cunha

Fleksibiliti dan ancaman di zon 14 adalah igauan ngeri pertahanan. Sukar untuk mengenakan rantaian ke atas Matheus Cunha kerana dia pemain yang sentiasa bergerak dan tak duduk diam.

Dari segi teknikal, dia bukan sahaja lincah, namun memiliki keupayaan melakukan ancaman gol dari dalam kotak penalti dan luar kotak penalti.

Di mana dia akan berperanan di Man United?

Ruben Amorim boleh menggunakan dia sebagai no.10 dan mengurangkan sedikit bebanan Bruno Fernandes agar pemain itu bermain  di posisi no.8.

Jika diperlukan Cunha dan Bruno Fernandes boleh menjadi double 10 untuk membentu serangan berlima daripada asas 3-4-3 kepada 3-2-5 dan sebagainya.

Apa yang pasti Cunha adalah baller!