Michael Carrick kini dilantik oleh UEFA sebagai pemerhati teknikal bola sepak melibatkan aksi Liga Juara Juara Eropah.
UEFA benar benar memandang tinggi kemampuan Carrick sebagai seorang jurulatih yang memiliki pengamatan taktikal yang sangat baik.
Dia telah mengeluarkan laporan analisis taktikalnya di laman rasmi UEFA. Dan ini yang beliau rungkai:
Isi Utama:
Paris Saint-Germain (PSG) bukan sekadar bergantung kepada pemain bintang, tetapi mereka ada sistem serangan yang jelas: lari ke belakang garisan tinggi pertahanan Barcelona.
Dengan kombinasi one-two, third-man runs dan timing larian yang tepat, PSG berjaya jinakkan Barca.
1. Dua Gol, Dua Corak Serangan Licik
Gol penyamaan oleh Senny Mayulu: bermula dengan larian Nuno Mendes selepas main one-two. Mbaye turun sedikit untuk tarik pemain Barca, buka ruang supaya Mendes boleh menyerang dari belakang bek sayap.
I mean what is there to say, pure physical specimen Nuno who just destroyed 1 of the most well drilled counterpresses in the world
Look at how he goes through the gears, builds up momentum in lower intense areas ; literal freight train
An aplomb of an pass to pick out F. Mayulu https://t.co/HEVhy0xD09 pic.twitter.com/bqmTKSkna6
— Los Blancos Hunter (@kwakujr23) October 1, 2025
Gol kemenangan Gonçalo Ramos: hasil daripada PSG memenangi semula bola, Vitinha cepat hantar ke Hakimi yang sudah lepasi perangkap offside. Semua ini jelas dirancang dalam latihan.
Luis Enrique sendiri kata: “Dengan pemain macam Nuno dan Hakimi, kami boleh pecahkan tekanan lawan sama ada dengan larian atau hantaran menembusi garis.”
Le clim de Gonçalo Ramos vu des tribunes 🤩🤩 #PSG pic.twitter.com/yLRmaHLi9O
— ParisTeam (@Paristeamfr) October 1, 2025
2. Titik Lemah Barcelona: Garis Tinggi (High Line)
Barca main dengan pressing tinggi. Nampak berani, tapi ada risiko:
Ruang besar terbuka di belakang barisan pertahanan. Pemain PSG yang rajin buat larian tanpa bola telah menjadi senjata utama mereka.
Instead of accepting the tie and taking one point home, Hansi Flick stuck to his high line which led to PSG leaving Barcelona with all three points 😮 pic.twitter.com/lpkqG98gt1
— ESPN FC (@ESPNFC) October 1, 2025
Bola tidak dihantar ke kaki, sebaliknya ke ruang untuk diterima dengan momentum.

Pemerhati teknikal Michael Carrick kemudian ringkaskan lima kunci untuk eksploitasikan garis tinggi lawan:
Buka ruang – tarik pertahanan naik ke depan.
Keberanian larian tanpa bola – mental & fizikal.
Timing larian dari dalam – elak offside.
Kenal ruang hantaran – bila & di mana bola perlu dilepaskan.
Keseragaman pergerakan – pasukan kena bergerak seirama.

3. Dari Latihan ke Aksi Sebenar
Carrick jelaskan bagaimana nak membiasakan pemain melakukan rutin taktikal:
Latih hantaran dengan dummy/mannequin untuk asah timing larian.
Buat latihan possession dengan “zon akhir” yang hanya penyerang boleh masuk — supaya terbiasa bergerak cari ruang di belakang.
Hantaran mestilah ke depan ruang, bukan ke kaki. Apa yang dilakukan di dalam latihan akan berada di dalam kepala pemain sepanjang masa.
Ianya kedengaran mudah, namun untuk menggambarkannya di dalam kepala, untuk mengetahui ruang yang ada di hadapan, kemudian memerlukan kesanggupan untuk berlari, itu semua adalah kuncinya.


Rumusan Michael Carrick
PSG buktikan kemenangan bukan sekadar kerana nama besar, tapi kerana perancangan taktikal.
Barcelona yang obses menekan tinggi akhirnya jadi mangsa ruang di belakang.
Jikalau berjumpa pasukan main high line, senjata paling berbisa adalah larian dari kedalaman ditambah hantaran tepat ke ruang.