Malaysia mencatatkan satu lagi kemenangan pada aksi antarabangsa. Kali ini skuad Peter Cklamovski menewaskan Singapura.
https:/twitter.com/malaysia_nt/status/1963572809718010273
Ini adalah ulasan taktikal kami
Formasi
Malaysia bermula dengan sistem 5-2-3 yang sebenarnya hanya pada kertas. Kerana sistem mereka lebih kepada 3-4-3 dan ultra offensive 3-3-4.
Jika sebelum ini Cools bermain posisi lebih ofensif sebagai bek sayap atau wingback. Namun dalam perlawanan ini, dia lebih tradisional.
Peranan Wingback diambil oleh Stuart Wilkins dan Corbin Ong. Kedua dua bek sayap itu sangat tinggi garisan mereka di atas padang.


Bermain dalam rantaian chain of 4. Dari segi disiplin bertahan, Cools wajar dipuji kerana dia benar benar profesional walaupun di mana dia diletakkan bermain.
Seterusnya Wilkins memainkan peranannya dengan baik dalam peranan tersebut. Walaupun masih perlu membentuk keserasian lagi dengan Arif Aiman.
Ini kerana Wilkins berbeza dengan Cools. Dia lebih advance dan suka menggunakan ruang di garisan tertinggi dalam rantaian penyerang berlima atau berempat.

Cklamovski mungkin mahu memanfaatkan sepenuhnya keupayaan Wilkins dalam mendapatkan gol. Seperti diketahui, pemain itu memiliki keupayaan menjadi extra man di zon serangan.
Memberikan dia arahan untuk kekal lebih tinggi di atas padang akan meningkatkan lagi ancamannya. Ini detik Wilkins menjadi extra man dan menjaringkan gol awal.

Berbeza dengan Cools yang lebih toleransi untuk ‘bekerja’ berdasarkan Arif Aiman. Itu bukan masalah, cuma cara permainan berbeza yang perlukan peemain pemain saling melengkapi satu sama lain.
Singapura bermain dengan blok rendah
Selalunya kita melihat aksi Singapura dan Malaysia ini akan jadi aksi terbuka. Namun kali ini Singapura lebih defensif dan bermain blok rendah.
Mereka cuba menyusahkan Malaysia dengan serangan bola daripada bola yang dikitar daripada bawah. Namun begitu kualiti hantaran dan larian penyerang mereka tidak begitu ‘serasi’.
Selain itu kualiti pemain mereka di sepertiga akhir ketika serangan balas juga agak mengecewakan.

Apapun mereka tetap memiliki keupayaan untuk melakukan percubaan ke gawang. Namun Haziq Nadzli wajar dipuji kerana tidak memberikan peluang kepada pasukan yang tidak berhak mendapatkan gol penyamaan.

Seterusnya Singapura ada masalah dengan disiplin pemain ketika bertahan. Bayangkan dalam 38 minit pertama mereka sudah ada 3 kad kuning kerana kekasaran.
Keinginan dan high line pressing Malaysia
Satu perkara yang menarik daripada perlawanan ini, Malaysia terus berkeinginan untuk mencari gol kedua. Sebenarnya, Malaysia tidak bermain pada intensiti atau tempo terbaik.
Terutama sekali berdepan lawan dengan blok rendah dan sentiasa 8 atau 9 pemain belakang bola.
Singapura seperti yang dijelaskan. Mereka ada sistem permainan yang jelas iaitu cuba bertahan di blok rendah. Namun masih juga mereka gagal mengekang gol seperti ini.
5 pemain di blok rendah masih gagal mematahkan ancaman hantaran rendah dan gol ini. Wilkins sekali lagi memainkan peranan penting dalam mencipta assist kepada Figueiredo.

Malaysia berterusan melakukan pressing di garisan tinggi walaupun mendahului 2 gol. Ini bukan Malaysia yang berpuas hati dengan 1 atau 2 gol menentang lawan serantau.
Ini adalah pressing selepas gol kedua. Dan hampir mendapatkan gol ketiga.

Singapura kemudian mendapat gol daripada magis individu. Namun lihat apa yang Malaysia buat sehingga tamat perlawanan. Mereka kekal melakukan high pressing.


Walaupun pressing itu bukanlah seagresif ketika melawan Vietnam, namun cukup untuk perlawanan ini, menentang lawan yang nak tak nak main bola.
Rumusan
Ianya kemenangan profesional dicapai Malaysia dalam aksi yang ada cabaran tersendiri. Pasukan lawan lebih suka bermain low block. Dan beberapa pemain tidak berada di tahap kecergasan terbaik.
Figueiredo misalnya, walaupun dia tidak menunjukkan prestasi terbaiknya, namun masih mampu mencetak gol dalam keadaan pasukan memerlukannya.
Menang tetap menang!