Sepanyol sekali lagi membuktikan mereka benar-benar mempunyai formula untuk mengekang pasukan Perancis yang dibarisi kuartet serangan bertaraf dunia — Kylian Mbappe, Ousmane Dembele, Michael Olise serta Bradley Barcola/Desire Doue.
Kemenangan 2-0 ini bukan sekadar membawa mereka ke pentas akhir Piala Dunia 2026, malah memperlihatkan satu lagi persembahan yang cukup “Sepanyol”.
Mereka tenang ketika menguasai bola, disiplin tanpa bola dan hampir sempurna dari sudut taktikal.
1. Circulation Sepanyol bukan sekadar tekankan penguaaan
Di bawah kendalian Luis de la Fuente, Sepanyol bukan lagi pasukan yang sekadar melakukan circulation dan menguasai bola tanpa hala tuju.
Setiap hantaran mempunyai tujuan dan setiap pergerakan direka untuk membuka ruang.
Mereka sengaja melakukan sirkulasi bola dengan sabar bagi memancing blok pertahanan Perancis keluar daripada posisi asal. Namun kualiti hantaran dan kawalan bola ketika menerima bola kena jaga.
Sebab kalau hilang bola, mereka sedar akan bahayanya penyerang Perancis dalam melakukan serangan balas.
Sebaik sahaja ruang terbuka, mereka terus melakukan penetrasi dengan pantas.


Aksi Lamine Yamal menjadi contoh terbaik. Penalti yang disempurnakan Mikel Oyarzabal bermula daripada pergerakan bijak Yamal di kawasan half-space sehingga Lucas Digne terpaksa melakukan kesilapan.
Deschamps memilih menurunkan Digne berbanding Theo Hernandez kerana dia mahukan pemain lebih disiplin untuk bertahan, mengawal Lamine Yamal.
Namun itu memakan diri, kerana kesilapan Digne yang tidak waspada akan ancaman dari belakangnya membuatkan dia melakukan kesilapan dan memberikan penalti.
Jika dia sedar larian pressing daripada Lamine Yamal dari awal, dia pastinya akan melakukan clearance terus menggunakan kepalanya. Sebaliknya, di sini dia cuba mengawal bola itu dulu, kerana merasakan dia tiada tekanan.

2. Larian progresif bek sisi
Satu pendekatan yang benar benar mengingatkan kita kepada era kegemilangan tiki taka mereka adalah larian underlap atau larian lewat oleh bek sisi / fullback.
Di mana pada Piala Dunia 2026, bukan satu kebetulan Cucurella dan Pedro Porro cemerlang. Ini kerana sistem yang mereka mainkan menaikkan nilai permainan mereka ke tahap terbaik.
Gol Porro hadir daripada gerakan berpasukan yang sudah diasah di padang latihan. Dan kesanggupan bek sisi bergerak secara progresif masuk ke half space.
Perkara ini yang dilakuka Cucurella dan Porro sepanjang Piala Dunia 2026 ini. Menjadi ancaman tambahan secara numerical.
Ianya juga bukti bahawa pergerakan tanpa bola pemain-pemain Sepanyol membuatkan barisan pertahanan Perancis hilang arah. Pasukan yang elegan sepanjang kejohanan ini, kali ini seolah olah dibuli.
Spain 2nd goal vs France | Pedro Porro pic.twitter.com/eOqaYXSWYA
— Papa Mahmoud Gueye (@billmahmuudnew) July 14, 2026
3. Peranan Rodri memutuskan rantaian tengah dan serangan Perancis
Peranan Rodri sebagai destroyer dan deep lying playmaker, memang luar biasa. Mungkin antara aksi terbaiknya bersama Sepanyol.
Di atas kertas, Perancis memiliki antara barisan serangan paling menakutkan dalam kejohanan ini. Namun di atas padang, mereka gagal berfungsi sebagai satu unit. Antara puncanya ialah RODRI!
Spain conceded 0.28(xG) against this front four. pic.twitter.com/wRkjpkSe6x
— The xG Philosophy (@xGPhilosophy) July 14, 2026
Mbappe selepas tamat pelawanan menyatakan bahawa mereka gagal untuk mengaktifkan taktikal sebenar mereka. Ini kerana mereka terlalu dimanipulasi dan dikuasai Sepanyol.
Mbappe sering terperangkap dalam kedudukan ofsaid dan jarang menerima hantaran berkualiti kerana Rodri bersama jentera tengah Sepanyol cukup disiplin menutup setiap laluan hantaran.
Rodri seolah-olah menjadi ‘Raja’ di tengah dengan dia yang menentukan cara apa bola sepak itu harus dimainkan di zon itu.
Michael Olise yang sebelum ini cukup tajam, beberapa kali membuat keputusan yang kurang tepat. Kerapkali bergerak tanpa sokongan lebih baik daripada bahagian tengah dan bahagian belakang.
Kesannya, Olise jelas dalam tekanan, apabila dia ‘di-pressing’ lawannya. Ada hantaran terlalu kuat, ada pilihan yang salah. Ini menunjukkan tekanan kolektif Sepanyol berjaya mengganggu rentak dan proses membuat keputusan pemain kreatif Perancis.

Perancis terputus hubungan dengan bahagian tengah. Ini heatmap mereka pada 45 minit pertama yang menggambarkan betapa pecahnya unit tengah Perancis berdepan dengan unit tengah Sepanyol yang dikepalai Rodri.

Lebih memburukkan keadaan, Perancis juga gagal memanfaatkan situasi serangan balas. Setiap kali mereka merampas bola, pemain Sepanyol sudah kembali ke bentuk pertahanan asal dalam tempoh yang sangat singkat.
Rodri vs France pic.twitter.com/RB0aKwD722
— Danis (@DanisMCFC) July 14, 2026
Kesannya, serangan Perancis hanya melakukan on target pertama mereka pada minit ke-81. Statistik itu sahaja sudah cukup menggambarkan betapa hancurnya serangan mereka.
5. Struktur ketika bertahan
Keadaan ini juga dibantu oleh gaya pertahanan Sepanyol. Mereka melakukan counter pressing dengan segera.
Ketika Perancis melepasi garisan tengah padang, mereka akan kekal dalam sistem yang ‘structural’, tidak panik. Setiap orang akan ‘cover’ antara satu sama lain.
Rodri sekali lagi menjadi nadi utama. Selain mengawal tempo permainan, beliau bertindak sebagai benteng pertama yang mematahkan hampir setiap cubaan serangan balas Perancis sebelum ia menjadi ancaman.
🚨🌟 RODRI IS PUTTING ON A MIDFIELD MASTERCLASS! 🇪🇸🎩
The Spanish captain has been everywhere in the first half, controlling the tempo and winning his battles all over the pitch.
📊 Rodri vs France (1st Half):
👟 47 Touches
🛡️ 4 Defensive Contributions
💪 1/3 Tackles Won
🧹 1… pic.twitter.com/qvRTzVLeQe— Globadora sports (@Globadorasports) July 14, 2026
6. Kecederaan Saliba tambah derita Perancis
Kehilangan William Saliba pada babak pertama jelas menjadi antara titik perubahan perlawanan.
Perancis kehilangan ketua di benteng pertahanan dan rombakan yang dilakukan Didier Deschamps gagal mengembalikan kestabilan.
Sepanyol pantas menghidu kelemahan tersebut sebelum menghukum mereka menerusi jaringan kedua.
Rumusan
Perancis tewas kerana terlalu bergantung kepada keajaiban individu. Pada lewat permainan anda sendiri melihat bagaimana Perancis benar benar mengharapkan magis individu.
Mereka sedar bahawa sistem permainan mereka memang dah rosak. Tidak hairan kalau Mbappe menganggap mereka hari ini serba serbi tidak bagus secara teknikal dan taktikal.
Sepanyol pula menang kerana percaya kepada kekuatan sistem. Perlaksanaan yang betul, dan tidak ada gangguan atau ‘destroying’ ke atas sistem dilakukan lawan mereka.
Inilah realiti bola sepak moden. Pemain bertaraf dunia mampu memenangi satu perlawanan, tetapi sistem permainan yang mantap mampu memenangi keseluruhan kejohanan.
Kini Sepanyol hanya menunggu pemenang antara England dan Argentina di New Jersey. Siapa pun lawannya nanti, mereka perlu mencari jawapan untuk memutuskan sirkulasi bola La Roja. Jika gagal, besar kemungkinan mereka akan menerima nasib yang sama seperti Perancis.