Perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2026 antara England dan Argentina menyaksikan drama di penghujung, dengan Argentina bangkit dari ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1.

Permulaan agresif secara fizikal dan berhati hati

Perlawanan dimulakan dengan fasa yang sangat berhati-hati dari kedua-dua pasukan. Statistik menunjukkan tiada sebarang percubaan ke arah gol dalam 30 minit pertama.

Ini mencerminkan pendekatan taktikal yang konservatif, di mana kedua-dua Thomas Tuchel (England) dan Lionel Scaloni (Argentina) mungkin mengutamakan kestabilan pertahanan dan mengelakkan kesilapan awal.

England, di bawah Tuchel, dijangka akan menggunakan struktur yang kukuh, manakala Argentina mungkin cuba mengawal tempo permainan melalui penguasaan bola.

Aksi kedua dua pasukan juga benar benar agresif dari segi permainan fizikal. Separuh masa pertama boleh dikatakan fasa ‘cagey’ dalam perlawanan ini.

England bina momentum

Babak kedua menyaksikan England mendahului melalui gol Anthony Gordon pada minit ke-55.

Analisis Taktikal: Pendekatan Tuchel Dan Kebangkitan Argentina Diketuai Messi

Ketika gol ini dihasilkan, England benar benar pada fasa momentum yang sangat baik.

Mereka mengancam Argentina dengan gerakan daripada bahagian sayap kanan.

England benar benar berjaya membina momentum mereka dengan Lionel Messi tidak begitu memberikan banyak impak.

England berubah menjadi pasif dan dinamik perlawanan berubah

Gol ini mungkin telah mengubah dinamik perlawanan, mendorong Argentina untuk meningkatkan intensiti serangan mereka.

Keputusan taktikal Thomas Tuchel selepas gol ini menjadi tumpuan kritikan.

Game approach oleh Thomas Tuchel selepas mereka mendahului memang agak mengecewakan.

Dia berterusan membuat defensive subtitution, dan mengarahkan pemainnya membentuk 2 banks of 5 ketika bertahan. Di mana kesemua pemain bertahan di bawah.

Pengenalan pemain seperti Ezri Konsa, Dan Burn, dan Nico O’Reilly dilihat sebagai langkah yang terlalu defensif, menyebabkan England ‘tenggelam lebih dalam’.

Analisis Taktikal: Pendekatan Tuchel Dan Kebangkitan Argentina Diketuai Messi

Ini menunjukkan England beralih kepada blok rendah yang lebih pasif, menyerahkan inisiatif kepada Argentina.

Tuchel mungkin melihat Argentina sebuah pasukan yang tidak memiliki pemain yang benar benar tegap untuk menerima hantaran lintang.

Dia menutup koridor permainan dengan sistem sangat kompak.

Analisis Taktikal: Pendekatan Tuchel Dan Kebangkitan Argentina Diketuai Messi

Namun pendekatan ini sebenarnya memakan diri. Kerana kualiti hantaran Argentina terutamanya Lionel Messi.

Messi mampu menghantar bola dengan hantaran lintang yang sangat tepat ke arah ruang yang boleh diserang rakannya, walaupun pemain pemain Argentina secara fizikal mereka ‘outmuscled’.

England terus membenarkan Argentina melakukan hantaran lintang dalam keadaan posisi terbaik. Perkara ini turut digariskan oleh Thomas Muller.

Mereka kemudian turun sangat ke bawah, kerana idea permainan adalah menghampakan Argentina dengan permainan duel udara. Dan cuba menyerang balas apabila berpeluang.

Analisis Taktikal: Pendekatan Tuchel Dan Kebangkitan Argentina Diketuai Messi

Malangnya pelan permainan mereka tidak cantik. Beberapa hantaran lintang menghasilkan ancaman dan Pickford bekerja keras di depan gawang.

Serangan balas mereka pula tidak cukup bagus.

Kebangkitan Argentina dan Impak Lionel Messi

Sebaliknya, perubahan yang dilakukan oleh Argentina terbukti lebih efektif.

Mereka meningkatkan tekanan, dan penguasaan bola mereka yang tinggi (64% berbanding 36% England) serta jumlah percubaan yang jauh lebih banyak (15 berbanding 5 England) menggambarkan dominasi mereka.

Alexis Mac Allister hampir menyamakan kedudukan dengan dua percubaan yang terkena tiang, menandakan ‘serangan’ berterusan dari juara dunia itu .

Lionel Messi muncul sebagai pemain paling berpengaruh dalam 30 minit terakhir perlawanan.

Beliau bukan sahaja menjadi ‘konduktor’ serangan Argentina, malah turut menyumbang kepada kedua-dua gol penyamaan dan kemenangan.

Ini membuktikan keupayaan Messi untuk mengubah haluan perlawanan dengan visi dan hantaran penentu, walaupun pada fasa akhir kariernya.

Messi jelas tidak peduli dengan rekod golnya. Dia mulai bertindak seperti pemain sayap klasik yang kerjanya menghantar bola lintang kepada rakannya.

Dia tahu dia bukan selincah dulu untuk menyelit di dalam ruang pertahanan England yang sangat fizikal.

Gol penyamaan Argentina hadir pada minit ke-85 melalui rembatan jarak jauh Enzo Fernandez.

Gol ini membuka ruang lebih baik untuk Argentina. Dan ianya mengoyakkan sedikit keyakinan pemain-pemain England.

Ini adalah gol kelima Argentina dari luar kotak penalti dalam kejohanan ini, menunjukkan keupayaan mereka untuk mencari gol dari pelbagai posisi.

Gol kemenangan pula dijaringkan oleh Lautaro Martinez pada minit ke-90+2, hasil hantaran Messi.

Rumusan

Kekalahan England boleh dikaitkan dengan beberapa faktor taktikal.

Keputusan Tuchel untuk bertahan terlalu ke bawah selepas mendahului, tanpa mekanisme serangan balas yang jelas, memberi ruang dan masa kepada Argentina untuk membina serangan .

Perubahan ini juga sebenarnya mengganggu momentum yang mereka bina.

Sememangnya mereka perlu untuk memikirkan aspek pertahanan apabila mendahului, namun pendekatan Tuchel ini benar benar pasif dan terlalu ke bawah dalam sistem blok rendah.

Seterusnya, England gagal mengekalkan penguasaan bola atau melancarkan serangan pantas untuk mengurangkan tekanan, menyebabkan mereka terus diasak .

Paling mustahak adalah impak Lionel Messi yang terus menjadi inspirasi kepada pasukannya apabila dia diperlukan. Messi membuktikan, dia tidak perlu ‘try hard’ untuk mencari gol, sebaliknya dia boleh fokus kepada playmaking, sesuai dengan keadaan permainan berbeza.